Wednesday, December 21, 2011

Maaf terlewat menjemput, Pak Mail.

Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak saya meletakkan gambar scan ini ke dalam blog. Maaf sangat2 kerana terlewat meletakkan kad jemputan ini dek kerana sibuk dengan tugas2 lain.

Apa pun, pada kesempatan ini, saya dengan besar hati ingin menjemput Pak Mail dan keluarga ke majlis perkahwinan saya & suami di Kulai, Johor yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Maaf sangat2 atas kelewatan jemputan ini.

Walau bagaimanapun, saya berlapang dada sekiranya Pak Mail tidak dapat memenuhi undangan saya ini, mungkin kerana ada urusan lain yang telah dirancang terlebih awal.

Saya juga ingin memohon jasa baik dari Pak Mail agar sudi mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Terima kasih juga kerana sudi menjadi rakan blog saya selama ini. Syukur pada Allah atas ukhwah yang terbina.

Jadi, Pak Mail, di bawah ini ada kadnya. Mohon ampun sangat2 kerana tak dapat menghantar kad sebenar ke rumah. Memang kesuntukan masa. Even pensyarah saya sendiri masa belajar dulu pun baru saya teringat nak jemput. Hmm... Terpaksa lah saya emel @ SMS dia untuk jemputan tersebut.








Doa dari bekas pelajar MRSM Lenggong

Monday, December 12, 2011

Hmm.. Banyaknya akaun!

Ok, ok, ok... Enough Syahirah Mohd Ariff! Ko dah ada 4 akaun bank sekarang ni. So, sila jangan buka akaun dgn bank lain lagi bg mengelakkan kecelaruan fikiran. ;p

Hari ni saya berjaya memiliki 4 akaun bank, 3 daripadanya boleh diakses melalui internet. Hanya satu lagi yang belum set-up online banking... Coming soon BIMB... Hehehe... Yes! Lepas ni, no more parking (benci bila kena kompaun bodoh2 tadi. Kurang asam punye MDKu!), no more ATM, no more Q-up panjang2! & save time!

Kalau mengikut sejarah, akaun pertama yang aku buka adalah akaun BCB yang kini dikenali sebagai CIMB. Akaun tu dibuka dulu sebab senang nak masukkan duit PTPTN masa masuk 'U' dulu.

Kemudian, bila dah mula kerja, buka pulak akaun Maybank sebab apa2 claim cheque yang dikeluarkan oleh sekolah bagi kerja-kerja di luar maktab, adalah melalui cek Maybank. So, senang la nak bank-in. Lagi pun dekat pekan koboi Lenggong tu, ada Maybank je pun... Kalau nak pergi bank-bank lain, kena la ke Kuala Kangsar yang jauhnya lebih kurang 38km dari MRSM. Susah nak withdraw money.

Akaun ketiga adalah akaun Bank Islam. Sebabnya, akhir tahun lepas, aku & beberapa orang guru baru dikehendaki mendaftar masuk untuk program Diploma Pendidikan di UIAM Gombak. Lepas tu, ada lah desas-desus yang mengatakan duit elaun makan kami akan dimasukkan oleh UIAM melalui akaun Bank Islam sahaja. Jadi, sesiapa yang belum ada akaun Bank Islam, kena lah bukak akaun baru... Jadi, wujudlah satu lagi akaun bank dalam rekod kewangan aku.

Akhir sekali, yang baru buka tengah hari tadi, adalah akaun RHB Bank. Sebabnya, aku dah malas nak kene pergi cash deposit duit ansuran kereta tiap-tiap bulan dkt bank lagi. Jauh tu kalau nak pergi Kuala Kangsar semata-mata nak bayar duit ansuran kereta. Lagi pun, aku xnak insiden yang sama berlaku lagi di mana aku telah kehilangan wang tunai sebanyak RM 550 dua minggu lepas. Semuanya gara-gara nak ada cash dkt tangan, then senang nak bank-in dkt RHB Bank. Sekali, entah cicir dkt mana pulak... Serik dah.

Jadi, lepas ni, semua buat online banking. Selamat daripada hilang duit ke, kena rompak ke ape... Lepas tu jimat masa. Jimat tenaga. Yang penting ada internet connection. Dan jangan dedahkan pin number pada orang lain.

Ok. Satu je lagi yang belum ada online banking. BIMB. Tak pe lah. Nanti free, boleh buat.

Ok. nak serve dinner utk Mama. Kesian Mama. Lapar, penat. Ok. Jumpa lagi untuk entri seterusnya.

Assalamualaikum.

*Nota kaki: Puas hati hari ni dah ada 3 online bank account! :)

Saturday, December 10, 2011

Majlis yang ditunggu-tunggu.

Setelah sekian lama membuat persediaan, dengan begitu banyak pertimbangan untuk membuat pilihan sepanjang proses persiapan majlis ini, akhirnya, aku boleh berasa sedikit lega kerana beberapa perkara sudah pun diselesaikan.

Namun, dalam kegembiraan menyambut menantu pertama dalam keluarga kami, terselit juga kesedihan. Kasihan atok. Dek kerana hendak mengambil rambutan untuk dijual oleh cucu2nya, satu nikmat Allah ditarik balik. Atok jatuh pokok. Teruk sangat. Hempap bumbung rumah jiran. Habis pecah. Tangan kanan atok rosak teruk. Patah. Dalamnya hancur. Ya Allah... Berikanlah kami sekeluarga kesabaran menghadapi ujian-Mu ini, Ya Allah. Berikanlah atok pahala yg berlipat kali ganda di akhirat sana, atas kesabaran atok menahan kesakitan yang teramat sangat itu.

Aku mula terfikir yang teruk2. Atok x boleh drive lagi. Atok tak boleh pergi masjid lagi. Atok x boleh pergi pasar, belikan wan barang2 dapur. Atok x boleh bg makan kucing lagi. Atok tak boleh buang sampah lagi. Atok x boleh pergi belajar mengaji lagi. Dan yang paling aku sayu, atok x boleh tulis kata-kata nasihat dalam buku tetamu majlis perkahwinan cucu sulungnya ini. Aku sayu bila melihatkan muka surat khas yang telah aku sediakan untuk atok & wan. Allahuakbar...
Sabarlah wahai hati....

Ya Allah... Kasihani lah atok. Hanya Engkau yg mampu merawat segalanya. Hanya Engkau yg mampu memberikan keajaiban kepada hamba-hambanya.

Permudahkan lah segalanya, Ya Allah. Berikanlah atok kesembuhan. Berikanlah atok kesabaran.

Untuk atok, ingin sekali aku membacakan hadis ini kepadanya.

Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


Semoga atok sabar menghadapi ujian ini & semoga dosa-dosanya diampunkan Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin...

Sunday, July 24, 2011

Pemilihan Kad Jemputan.

Bercakap tentang kad perkahwinan, memang memeningkan kepala bagi aku yang sangat mementingkan kesempurnaan. Tapi, untuk mengelakkan aku daripada berubah-ubah fikiran, lebih-lebih lagi bila melihat pelbagai contoh kad jemputan yang sangat menarik dalam majalah Pengantin ni, so, aku telah menetapkan kriteria-kriteria tertentu dalam pemilihan kad jemputan.

Antara kriteria yang mesti aku patuhi sebelum menempah kad perkahwinan ialah:

  1. LOKASI. Lokasi syarikat percetakan yang paling dekat dengan rumah. Supaya mudah untuk datang berbincang dan melihat proses membuat draf kad perkahwinan.
  2. BUMIPUTERA. Syarikat percetakan mestilah bumiputera sebab artikel SANTAN MELAYU yang telah aku baca di blog Cikgu Zulkof mengingatkan aku tentang pentingnya meningkatkan ekonomi bangsa MELAYU.
  3. RINGKAS. Rekabentuk kad mestilah seringkas yang mungkin. Tak perlu ada gambar kartun(mula2 dulu memang nak. Tapi mak aku bising pulak) dan juga tak perlu ada gambar aku dan Zamir (sangat merepek ini idea! Katakan tidak pada 'letak gambar pada kad jemputan'! interframe betul!)




Contoh Kad Kahwin yang aku suka.

Gambar di atas adalah kad jemputan perkahwinan salah seorang kenalan ketika di Kolej Matrikulasi Johor dulu. - kini seorang doktor perubatan - Dr. Zarirah Adzni Binti Mokhtar.





Ni pulak kad jemputan kawan ketika di KUSTEM@UMT dulu.

Ringkas. My taste!

So, sekarang nak bersiap, pergi Myna Printing untuk bincangkan beberapa perkara lagi tentang kad jemputan aku.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

Saturday, July 23, 2011

Zapin.

Antara pilihan lagu tarian zapin kanak-kanak yang boleh dipertimbangkan...

  1. Zapin Johor, Ya Salam
  2. Zapin Yaladan - Dato' Syarifah Aini & Fadzil Ahmad
  3. Zapin 4 Dara - Dato' Syarifah Aini.
Nota:

Buku Tetamu lagi....




Buku tetamu yang atas ni, buku tetamu Xora, pemilik blog diaterimanikahnya.blogspot.com. Memang majlisnya berkonsepkan tradisional.








Atau pun, gambar dari sumber google ni, juga nampak menarik. Aku sukakan putih dan mungkin boleh guna idea ini untuk buku tetamu aku.







Ini pun boleh dipertimbangkan juga. Sweet! Rambang mata dibuatnya.










Nak macam ni, tapi....





Sangat seronok dengan idea 'buku tetamu' di atas. Tapi mesti ada pro's and cont's kan... Ok. Jom kita tengok cont's dulu.

Keburukan
  1. Kemungkinan akan ada mereka yang gatal tangan pergi cabut 'baju2 comel' tu daripada 'ampaiannya' dan sebelum majlis habis, aku tak sempat pun nak tgk pesanan2 & ucapan tetamu yang ditujukan untuk aku & Zamir.

  2. Kaedah ini memang memakan ruang. Dan aku tak tau nak buat ampaian ni kat mana.

  3. Kalau pun bukan kanak-kanak atau orang dewasa yang gatal2 nak cabut baju2 comel tu, mungkin angin kencang yang akan melayangkan baju2 tu ke tempat yang mana aku pun tak tau.

  4. Kalau pakai sepit kain ni, aku tak tau pulak kt mana nak campak sepit2 kain yang berlambak tu lepas habis majlis.

  5. Leceh nak buat. Nak kena gunting ikut bentuk la pulak. T-shirt lah. Stokin lah. Gaun lah. Seluar lah.
Kebaikan

  1. Murah & comel! ^_^

  2. Aku dapat bayangkan video dan gambar kahwin aku yang sangat fancy dengan kehadiran 'buku tetamu' yang mcm ampaian kain ni.

  3. Tak kan ada orang beratur panjang sebab masing-masing boleh ambil kad/ kertas masing-masing dan tulis sendiri mengikut tempat masing2 dan kemudiannya boleh la digantung di ampaian mini tadi.

Tapi, setelah aku fikir2kan.... Konsep perkahwinan aku adalah tradisional, maka, haruslah aku sesuaikan dengan konsep tradisional jugak. Kalau mcm tu, kena tulis dalam buku atau lembaran-lembaran lama dengan menggunakan pen, siap dengan bulu ayam di belakangnya. Hahaha... Sudah merepek ini orang~~~

Ok. Sebenarnya aku dah mengantuk. Esok saja lah aku sambung. Banyak masa lagi untuk fikirkan idea-idea lain yang mungkin lebih sesuai dgn konsep majlis aku.

Sekian, terima kasih.

Thursday, June 23, 2011

Jumaat.

Bosan.

Hati rasa kosong sangat.

Kenapa aku diuji mcm ni.

Penat.

...........................................................................................................................

Thursday, June 2, 2011

Entah ape2....

  1. Apakah yang kamu sedang buat sekarang? - Entah la...

  2. Adakah kamu sedang merindui tunang kamu? - Boleh la... Rindu la jugak~~~

  3. Sekarang kan dah nak masuk waktu Maghrib dah. Kenapa kamu tak pergi mandi? - Sebab saya malas mandi! ;D

  4. Suke tak study dkt UIA? - Suka tahap gaban punye! Menyesal dulu tak masuk UIA! Huh...

  5. Kenapa kamu suka study di UIA? - Sebab guna Bahasa Inggeris dalam segala urusan, landskap yang sangat mendamaikan, dress code yang menenangkan, peraturan yang mententeramkan dan lecturer yang best giler kecuali AFAREEZ (yg berlagak & suka makan tu! huh! I don't like him VEEEEERY MUCH!)

  6. Lagi? - Sebab saya boleh kuruskan badan di mana saya perlu banyak berjalan kaki untuk ke tempat letak kereta, kelas, masjid, kafe, kedai buku, pusat sukan wanita, Canselori, Bahagian Teknologi Maklumat dan lain-lain lagi. ;D

  7. Sebelum sampai bilik sekarang, kamu ada mana? - di kedai makan ape ntah nama dia, yang ada Nasi Goreng Kerabu tawar, tapi sup ayam dia sedap la pulak...

  8. Apa yang kamu belajar di kuliah hari ini? - Erm... Ape ek... Erm.... Ok. Saya belajar cara2 penggunaan media dalam membantu pengajaran daripada Prof. Madya Dr. Kamal Basha Madarsha (sangat impressive la beliau!), lepas tu, belajar membuat Kajian Tindakan dengan menggunakan kaedah PEMERHATIAN (OBSERVATION) daripada Dr. Supiah, dan akhir sekali, belajar KAEDAH MENYOAL DALAM BILIK DARJAH daripada Dr. Aniza. (The class suppose to be lectured by Tn. Hj Abdul Aziz Sultan, my favourite lecturer. However, he was unable to attend because his sister passed away yesterday) [Betul ke ayat aku ni? Ape2 je lah.. ;p]

  9. Sudah jam berapakah sekarang? - 7.42. Kenape?

  10. Dah maghrib lah!!!!! Pergi solat SEKARANG! - OK... Y_Y

Thursday, May 5, 2011

Jumaat yang Indah.

Alhamdulillah. Hari ni aku berjaya menghadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah, Ibubapa dan diriku sendiri. Semoga dengan fadhilat Al-Fatihah sebagai surah pembuka Al-Quran, segala urusanku dan ibubapaku dipermudahkan Allah.

Pagi ni, sarapan dengan satay ayam lebihan dinner semalam. :D

Harap2 dapat habiskan tanda kertas ujian selaras Biologi 402 dan 403. Hmmm.... Lama sangat terperapnye... =D huhuhu......

Tuesday, May 3, 2011

Bila Rindu - (Tak pernah pergi lama sampai macam ni.... T_T)


Z vs S ~~~~~ S vs Z




1. Syahirah: Gadis kota

Zamir: Jejaka desa


2. Syahirah: Kerja di darat

Zamir: Kerja di laut


3. Syahirah: Extrovert

Zamir: Introvert


4. Syahirah: Rendah

Zamir: Tinggi


5. Syahirah: Gigi tak cantik

Zamir: Gigi cantik sangat (boleh buat iklan ubat gigi ^_^)


6. Syahirah: Ngada2

Zamir: Serius je... =(


7. Syahirah: Cepat marah

Zamir: Cool ;)


8. Syahirah: Lebih banyak cakap

Zamir: Lebih banyak dengar


9. Syahirah: Suka belanja

Zamir: Suka menyimpan


10. Syahirah: Banyak masa free

Zamir: Selalu sibuk je 24 jam


11. Syahirah: Suka cari gaduh

Zamir: Malas cari gaduh


12. Syahirah: Suka sepah2

Zamir: Suka kemas2


13. Syahirah: Asal nampak barang best je kt satu kedai, terus beli.

Zamir: Kalau ada 20 kedai jual barang yg sama, semua kedai nak kene survey. (penat la kaki ni jalan, tau x...)


14. Syahirah: Sikit kawan

Zamir: Ramai kawan


15. Syahirah: Suka REMY ISHAK

Zamir: Suka LISA SURIHANI


16. Syahirah: Pesimis

Zamir: Optimis


17. Syahirah: Suka dengar MP3 bila tengah drive.

Zamir: Suka dengar radio bila tengah drive.


18. Syahirah: Suka nyanyi

Zamir: Tak suka nyanyi


19. Syahirah: Suka planning awal2

Zamir: Suka buat benda ad-hoc & tiba-tiba sampai boleh buat orang sakit jantung.


20. Syahirah: Tak suka bola.

Zamir: Gila bola.


21. Syahirah: Ulat buku.

Zamir: Tak minat baca buku.


Counting days... 7 months to go... To find out more difference between us. But, no matter happen, we are THE EXCELLENT COMPLEMENT to each other, forever... Insya Allah. ^_^

No matter how different we're... Still... Nothing's gonna change my love for you...

Saya Ada Tunang.


Saya ada tunang. Tapi rasa macam belum bertunang. Hahaha... Apakah itu? Hmm... Nak buat macam mana... Tunang saya selalu berlayar. Tak tau bila akan pulang. Hmm.... Saya takde kawan berbual dah... =(

Lonely....


Friday, April 22, 2011

Rumah oh rumah....

Aku tak tau lah adakah keputusan aku untuk membeli rumah ni, satu keputusan yang betul atau tidak. Berdasarkan prestasi hubungan aku dengan Pencipta yang agak tak membantu, aku takut, keputusan aku ni merupakan keputusan yang merugikan. Tapi, Uncle Zayin dan mak cik cakap, even ada la jugak beberapa orang cakap, bagus beli rumah masa muda2 ni. Cuma kedudukan kewangan je la yang tak berapa nak ok.

Harga rumah RM 173,880. Double-storey terrace di Kuala Kangsar. Buat home loan RM 160,000. Macam biasa, pembeli kena la bayar 10% dari harga rumah. Banyak tu.... RM 17,388! Lalu, aku pun buat personal loan dengan Bank Islam dan keluarkan semua duit KWSP dari akaun 2 untuk menampung bayaran pendahuluan 10% tersebut.

Sebagai pembeli rumah yang langsung tak ada pengalaman, (gila aku ni. Memang buat kerja gila), aku terlepas pandang dengan kos guaman untuk penyediaan Perjanjian Jual Beli Rumah. Tiba-tiba, petang ini, aku terima surat daripada pihak peguam yang dilantik oleh pihak pemaju meminta aku membayar yuran guaman sebanyak RM4508! Hmm... Kenapa la tak cakap awal2, wahai VillaWorld. Kalau tak, boleh la aku buat personal loan yang boleh menampung semua termasuk kos guaman tadi. Hadoi....

So... Sekarang ni memang blur. Tak tau nak buat apa. Kalau terpaksa tukar personal loan plan tu, tukar je lah. Ok... Sabar. Relaks. Jangan gelabah. Everything will be fine.

Dan petang ni, pendek kata minggu ni, adalah minggu yang yang agak teruk sebab maktab ni dilanda masalah bekalan air. Apa la masalah dengan Lembaga Air Perak ni. Sejak aku duduk sini dari tahun 2009, ada je masalah air. Tapi kali ni memang teruk la. Mujur la aku duduk sorang. Jadi, dua tangki yang ada di rumah tu, boleh la menampung keperluan air aku untuk beberapa hari sementara menunggu bekalan air pulih.

Tuesday, April 12, 2011

Pengajaran Hari Ini - Sila ingat sampai bila2.

Pada ketika Syahirah menginjak ke umur 26 tahun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan yang akan mengubah cara hidupnya. Tapi, xpe... Tak terlalu ketara.

Pertama: Syahirah tak boleh makan durian dan yang seangkatan dengannya lagi sampai bila2.
Kedua: Syahirah tak boleh makan KFC lagi.
Ketiga: Bakal menyusul kemudian........

___________________________________________________________

Malam ni, pergi academic staffroom, cadang nak buat kerja sikit yang masih tertunda. Tapi, kepala sakit berdenyut2. Sah2 tubuh aku dah tak mampu menampung garam & MSG yang bertimbun dalam ayam goreng KFC tu... Hmmm... masa umur 26 tahun tu... Mama dulu pun kene hipertension masa umur 28. Aku? 2 tahun lebih awal!!!! Tidakkkkkkk!!!!!

Hmmm..... T_T

Selamat tinggal semua makanan SEGERA! Memang nak bagi aku mati SEGERA agaknya... T_T

Monday, April 11, 2011

Kesibukan itu satu nikmat.

Ya... Kesibukan itu satu nikmat. Nikmat yang sangat2 aku syukuri. Kalau boleh, setiap hari aku nak sibuk. Setiap jam aku nak sibuk. Aku tak nak ada satu ruang pun untuk aku membuang masa. Macam semalam... =(

Kesibukan itu satu nikmat. Dalam hidup ini terlalu banyak amanah. Aku menulis ini hanya sekadar untuk mengingatkan diri yang selalu lalai. Padahal terlalu banyak amanah yang masih tidak tertunai. Banyak sangat... Hmm....

Tangan ini, amanah.

Suara ini amanah.

Telinga ini amanah.

Kaki ini amanah.

Mata ini amanah.

Lidah ini amanah.

Perut ini amanah.

Pekerjaanku ini juga amanah.

Pelajar-pelajar aspuri, juga amanah.

Amanah itu harus aku gunakan dan jaga dengan sebaik mungkin, dan sepatutnya jangan ada sedikit pun ruang bagi 'Pencatat-pencatat Setia' di kiri dan kananku untuk menulis yang buruk-buruk tentang amanah-amanah yang aku pegang ini.

Amanah dalam pekerjaan teramatlah banyak. Meja kerja aku di sekolah penuh dengan bertimbun-timbun dokumen yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Ya Allah. Bantulah aku. Aku berlindung dengan-Mu daripada manusia-manusia yang rugi sebagaimana yang Kau telah wahyukan kepada kekasih-Mu, Muhammad sallallahualaihiwasallam;

"Demi masa."
"Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian."
"Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
"Dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran"
"dan juga mereka yang berpesan-pesan untuk kesabaran."

Semoga apa yang aku buat sekarang ini, termasuk dalam kerja-kerja orang2 yang beriman (terutamanya kepada Al-Qur'an dan para Malaikat), beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran.

Tengah hari semalam, aku keluar untuk makan tengah hari di Restoran Ikan Bakar Tasik Raban. Malangnya setiba sahaja aku di restoran tersebut, aku lihat tayar kereta depan sebelah kiri, seperti kurang angin. Hampir flat. Bergegas aku ke Stesen Minyak Shell di pekan Lenggong untuk mengisi angin. Semasa mengisi angin tayar, baru aku perasan ada paku yang melekat di tayar tersebut. Ya Allah... Dugaan apa lagi ini...

Dalam kepalaku terus terfikir, "Habis la.... Melayang la RM200 kene ganti tayar ni... Hadoi... "

Disebabkan semalam adalah hari Ahad, pekan Lenggong menjadi pekan mati. Tiada satu kedai pun yang buka. Tak kan aku nak ke Kuala Kangsar yang sejauh 30km semata-mata untuk menukar tayar? Teruk lah rim tayar rosak nanti. Kalau apa2 terjadi di pertengahan jalan, habis la aku. Nak tukar tayar sendiri dengan tayar spare? Oooh... Tidak2... Minta maaf. Aku sangatlah tidak pakar dan tidak ada kekuatan untuk menukar tayar sendiri.

Maka, aku bertahan dulu untuk semalam dengan hanya mengisi angin sebagai syarat. Dan tengah hari tadi, aku lihat tayar kembali mengempis. Nampaknya, memang aku harus ke kedai tayar. Sampai sahaja di pekan Lenggong tengah hari tadi, aku terus bertanyakan kalau ada jual tayar second-hand. Tapi setelah mekanik di kedai tayar itu memeriksa tayar tersebut, rupa2nya aku tak perlu menukar tayar. Dia hanya menampal sahaja tayar yang telah pancit itu.

Sekejap sahaja. Kebetulan ketika itu, memang tak ada pelanggan lain. Hanya dalam masa tak sampai 15 minit sahaja, tayar aku siap ditampal. Allah telah menolong aku lagi kali ini. Maha Suci Allah yang memudahkan segalanya bagi aku.

"Ya Allah. Janganlah Kau palingkan hati aku setelah Kau memberikan petunjuk/hidayah kepadaku. Dan kurniakanlah kepadaku rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi segala."

Sunday, April 10, 2011

Macam mana nak hidup bahagia?

Hari ni, sangat membosankan. Bagaikan hidup tanpa nyawa. Tak tau kenapa hari ni jadi macam ni. Sebab tidur lewat malam tadi ke? Tapi, bila duduk di bumi MRSM Lenggong ini, aku jadi rasa bersyukur dan bertuah. Maghrib yang sunyi seringkali disemarakkan dengan alunan zikir dan doa dari pelajar-pelajar maktab. Setelah seharian aku seperti hilang arah tuju, kini aku jadi tenang. Masih ada lagi ruang untuk aku kembali ke pangkal jalan. Alunan zikir dan doa telah mententeramkan hati. Pelajar-pelajarku, kamulah nyawaku... Bukannya dia yang aku boleh aku harapkan.

Pasrah...

Alangkah bahagianya kalau aku ada housemate.

Friday, April 1, 2011

Jumaat, Birthday Adawiyah II.

Petang, rasa lapar sangat sebab tak makan daripada pagi. Jadi, macam biasa, Ashraf yang akan aku cari dulu sebab aku selesa dengan dia. Hahaha.... Sebenarnya nak ajak Fatihah (Che Ah) sekali sebab hari tu, dia cakap, dia nak keluarkan duit jugak. Tapi, bila cari Che Ah di kelas, dia sibuk buat latihan Matematik Moden sebab malam ni ada ujian Matematik untuk semua tingkatan 4. Hahaha... Kalau ada ujian, baru la sibuk nak pulun buat latihan ye... Tapi Che Ah bagi tau, dia dah keluarkan duit dah beberapa hari lepas. Jadi aku pun keluar dengan Ashraf & Aiman je. Sebab Aiman nak ke ATM untuk keluarkan duit.

Dalam kereta, Ashraf sibuk mintak nak ke Kuala Kangsar. Takde maknanya lah nak ke Kuala Kangsar. Lagi pun esok aku dah janji dengan Nadia dan Mimi nak ke Kuala pukul 9.30 pagi. Takkan la sampai dua kali nak ke Kuala. Bukannya dekat pun. Akhirnya, kami ke pekan koboi Lenggong je untuk keluarkan duit Aiman (ATM BSN) dan pergi MAKAN (sebab utama aku keluar) di Dataran Lenggong. Macam biasa, Pejo Corner tempat kami lepak. Aku pesan Nasi goreng cili padi dan budak berdua tu Nasi Goreng Ayam.

Ada satu scene kelakar terjadi masa Aiman keluarkan duit dari ATM tadi. Alkisahnya, aku parking kereta bersebelahan dengan MyVi lain. Aku rasa bukan warna Ivory White macam aku punya. Warna MyVi tu Pearl White Special Metallic rasanya. Masa sampai depan BSN tu, Ashraf & Aiman keluar berdua untuk ke ATM. Aku tunggu je dalam kereta. Yang lawaknya tu, lepas selesai urusan di ATM mereka dengan selambanya melulu ke MyVi di sebelah kereta aku. Aku pun mula la buat muka pelik. Cermin aku pulak tinted sikit. Budak berdua tu langsung tak toleh kt aku pulak tu. Lepas tu, dengan penuh keyakinan, Ashraf pegang pemegang pintu kereta tu dan nak tarik untuk buka pintu, tapi tak boleh buka sebab berkunci. Aiman pun sama. Nak cuba buka pintu belakang tapi tak boleh. Hahahaha!!!! Aku pun saja perhati, nak tengok mereka perasan ke tidak, yang mereka dah tersilap kereta. Beberapa saat berlalu, mereka masih tak perasan lagi tu bukan lah kereta cikgu mereka. Dok tunggu kt luar kereta tunggu aku unlock dan dengan harapan mereka boleh la masuk. Aku yang perhatikan dari kereta aku ni pun kesian, turunkan cermin kereta dan panggil mereka berdua. Lepas tu... Memang boleh dibayangkan la apa yang terjadi... Aku nak gelak guling2 kat situ. Hahaha!!!!

Kebetulan ada seorang pak cik dalam kedai barangan elektrik berdekatan dengan tempat aku letak kereta tu. Pak cik tu terus macam nak keluar kedai nak pergi ke arah MyVi tu. Aku rasa la dia tuan punya MyVi Pearl White tu. Hahaha... Mesti dia cuak tengok ada dua orang budak lelaki belasan tahun cuba nak buka kereta dia. Kahkahkah!!! Mesti dia ingatkan pencuri kereta. Hahaha!!!!! Serius aku rasa nak gelak lagi sekarang ni. Yang Si Ashraf & Aiman, muka dah malu + bengang. Masuk2 je kereta aku, terus ketawa sebab malu dah tersilap kereta. Hahaha!!!! Aku lagi la. Memang tak boleh nak tahan ketawa lagi. Kelakar2~~~~

Ashraf: "Teacher ni... Dah tau kitorang tersilap kereta, bukannya nak panggil awal2. Kan dah malu...", sambil ketawa.

Aku: "Saje je nak kenekan awak. Ape la awak ni. Macam mana la boleh tersilap kereta," sambil cakap dalam hati, tentu2 warna cat lain. Hahaha....

Lepas habis makan di Pejo Corner, kami balik ke maktab. Tapi aku tak terus masuk ke rumah, sebaliknya aku ke Dewan Selera. Saja nak tengok apa menu pelajar hari ni. Pergi dekat meja yang ada Nisa dan Fatin. Free2 mereka kene bebel dengan aku sebab makan tak habis. Membazir je... Aku cakap, nasib la... Tak boleh tengok ABPBH Sabtu ni... Sape suruh makan tak habis. Hahaha...

Lepas tu, pergi meja lain pulak. Ada Adha, Alif Aiman, Alif Akram dan Yunus. Yunus ntah sibuk lukis ape entah. Baik la naik surau, baca Ma'thurat. Yunus tersengih-sengih dengar aku membebel. Masa tu Adha belum habis makan lagi. Aku pun sembang-sembang dengan mereka berempat. Aku tengok ada buku atas meja sebelah Adha. Nak tergelak aku tengok buku tu. Macam-macam la Adha ni. Tapi dalam hati, sangat kagum. Adha memang pelajar cerdas pintar. Buku tu penuh dengan lukisan, lakaran dan catatan seperti seorang jurutera sedangkan Adha baru tingkatan 2. Aku tanya, Adha, awak memang minat nak jadi jurutera ke?

Adha: "Erm... Saya minat rekacipta cikgu. Saya cuka reka macam-macam."

Alif Akram menyampuk: "Ha'ah tau Teacher. Adha ada macam-macam kt rumah die. Litmus paper pun ade."

Aku: "Ha? Macam mane awak ada semua tu Adha?"

Adha: "Atok saya dulu ada kedai stationery. Tapi dia dah tutup sebab takde orang nak tolong dia uruskan kedai tu. So, lebihan barang2 tu, dia simpan la. Macam2 ada. Magnifying glass, pensel, pen, semua la.. Alat-alat makmal pun ada. Dia simpan dalam stor kt rumah dia. Dia cakap dengan saya, kalau nak, ambik je..." Sambil makan, dan menahan kepedasan, Adha terpaksa jawab jugak soalan aku. Hehehe...

Aku: "Wah!!!! Bestnye!!!! Kenape la atok awak tutup kedai tu. Sayangnye...."

Yunus: "Ha Teacher....," Sambil buat muka nak kenakan aku... "Teacher nak beli la tu~~~"

Aku: "Eeei... mane ade.... Habis tu, Adha, sekarang atok awak tak buat ape2 la?"

Adha: "Ada.. Dia bukak stesen minyak mini kt kampung."

Aku: "O ye ke? Kampung awak kt mane?"

Adha: "Parit.."

Aku: "Ooo.... "

Aku kembali membelek buku Adha; "Bestla buku awak ni. Dah macam McGyver la pulak. Tapi kenapa pakai serbuk paprika ni untuk detect sentuhan? Kan boleh pakai serbuk lain. Ish awak ni... Paprika untuk makan la... Ade pulak guna untuk penyiasatan." Saje aku provok Adha.

Adha: "Dah itu je serbuk berwarna yang saya ada...," sambil buat muka kesian.

Aku: "Hahaha.... Takpe... Boleh je cari serbuk lain," sambil menghadiahkan senyuman pada Adha.

Aku doakan agar Adha terus berjaya dalam bidang yang diminatinya selaras dengan hasrat Negarawan ulung, Tun. Dr. M agar rakyat Malaysia mampu untuk menjadi negera pengeluar dan pencipta, bukan lagi negara pengguna semata2. Ya Allah... Bantulah Adha, Yunus, Alif Akram dan Alif Aiman agar menjadi Islam dan Melayu yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin Ya Allah....

Jumaat, Birthday Adawiyah.

Ya Allah.... Peningnya kepala hari ni. Allahu akbar. Berikanlah aku kesabaran. Allahuakbar....
Dari pagi tak makan apa2. Sibuk dengan SPMa. Then, terus je perjumpaan dengan Pengetua. Lepas tu, ke makmal. Buat 'Water Electrolysis' dengan kelas 2 Epsilon. Kesian mereka. Tak tau kenapa aku moody hari ni. Mungkin sebab tension tengok meja kerja aku dah tak macam rupa meja. Serabut, tahap maksimum punya. Ni semua gara-gara Pandu Puteri 'yang bestnyeeeeerrrrr' tu. Huh....

Masuk-masuk kelas je, dengan muka yang tak ceria, terus suruh pelajar pergi makmal. Serius aku macam tak bermaya sangat hari ni. Jadi, bila ada je yang tak kena di mata, terus la rasa nak marah.

Kain samping untuk dipakai. Bukan diletakkan di atas meja. Bila dah bersepah macam tu, memang la saja mengundang kemarahan. Lebih-lebih lagi masa perjumpaan guru2 dan Pengetua tadi, En. Riduan dah komen tentang pakaian pelajar lelaki semasa hari Jumaat. Ada yang tak pakai samping. Ada yang tak pakai songkok. Jadi memang terus la aku tegur pelajar bila ada yang tidak pakai uniform lengkap.

Water electrolysis untuk kelas 204 tadi tak dapat diselesaikan dengan pengujian gas hidrogen & oksigen. Sebab kesuntukan masa. Masa kelas mula tadi pun, masing-masing terpinga-pinga. Silap aku jugak. Aku yang tengah moody tadi terus arahkan pelajar set-up sendiri radas untuk jalankan electrolysis tu tanpa aku memberikan apa-apa panduan. Rasa bersalah pulak sekarang. Tapi tadi, aku cuba set-up sendiri set eletctrolysis aku. Alhamdulillah menjadi jugak walaupun setelah melakukan beberapa pengubahsuaian pada voltan dan juga isipadu asid sulfurik cair.

Pelajar-pelajar dalam kumpulan yang lain, sibuk datang ke meja kumpulan depan ( tempat aku set-up set aku sendiri) untuk melihat bagaimana susunan radas electrolysis tersebut. Ape la aku ni... Tak patut buat mereka terbiar macam tu. Tapi, bila aku fikir-fikir balik, ada baiknya. Itulah namanya Constructivism. Pelajar membina sendiri konsep mereka berdasarkan aktiviti dan pemerhatian. Yes... PEMERHATIAN! Walaupun dalam keadaan aku yang moody, Allah tolong jugak aku dan para pelajar untuk mendalami ilmu-Nya. Alhamdulillah... Maha Suci Allah yang telah membantu hambanya yang penuh dengan segala kekurangan ini.

Masa berlalu dengan begitu cepat. Kelas 204 perlu meninggalkan makmal untuk ke bengkel Kemahiran Hidup. Sayang... Mereka tidak dapat menguji kehadiran gas yang terkumpul di kedua-dua Anode & Cathode. Electrolysis berjalan dengan kadar yang perlahan. Hmm... Takpe lah... Harap-harap boleh buat lagi minggu depan.

Pukul 12.05 pm pulak, ke makmal lagi dengan kelas 205. Dah lama tak datang kelas Gamma awal-awal. Cuma tadi datang awal sebab nak buat aktiviti Electrolysis tu. Takut tak cukup masa. Hehe....

205 amat beruntung kerana dapat menguji kehadiran gas hidrogen dengan menggunakan kayu uji berbara. Itu pun hasil electrolysis kelas 204 tadi. Jadi, secara kesimpulannya, 204 memulakan electrolysis dengan ditamatkan oleh kelas 205.

Nota: Zainal & Alham diminta berdiri hingga habis waktu kerana tidak memakai baju Melayu pada hari ini. Sekian.

Thursday, March 31, 2011

Ala..... Malunye!!!!

Neves...

Neves....

Neves...

Tak nak... Jangan la En. Min panggil aku. Ala... Malu ni... Malu sangat2 dah.

Tu la... Masa isi borang pindah dulu, xnak pk betul2. Ngok la ko ni Syahirah oi.....

Malu ni... Jangan la En. Min panggil aku.

Ya Allah... Ya Allah...

Serius tengah neves tahap maksimum ni...

Xnakkkk!!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Things To Do = 28 Mac - 1 April 2011

=SEM= --> Arrange meeting hari Selasa depan, waktu rehat, & tampal notis penghantaran buku log di setiap kelas tingkatan 4. Taip nama kumpulan pelajar dan senarai tajuk kajian.


=Pandu Puteri= --> Buka fail baru.


=SPMa= --> Rezo borang soal-selidik


=Biologi= --> Rezo Soalan Ujian Selaras II


=Sains= --> Habiskan tanda buku, latihan & ujian pelajar. Key-in markah. Cari kertas Rashidah Safwah. Ntah mane hilangnya.


=Surat Batal Pindah= --> Hantar hari ini guna pos laju


=Borang claim= --> Cari senarai nama pelajar yang ke klinik. (ntah mane la ko letak, Syahirah oi~~~)


=Fail MIGTY=


=Appointment with Faris Izwan 5 Alpha, Cell Division=

Sunday, March 27, 2011

=Entri Takde tajuk= Ngee...

Alahai... Ngantuknye duty warden hari ni... Tolong la mata... Tolong la jangan mengantuk. Kan tadi dah malu sendiri. Nasib baik la budak tu jenis yang bendul2 sikit. Kalau x, habis la malu aku satu asrama tau, aku tertido masa duty. Bengong la... Hadoi... Hari ni sangat lah bosan. Bila nak dapat keluar dengan Abang ni... Bosannye... Benci2... Cop! Aku mane boleh keluar dgn Abang. Bajet bulan ni dah habis untuk rumah baru la... Hua!!! Nak nangis aku mcm ni... Y_Y Huhuhu.... Sedih3! Ha... Bosan la... Ape nak buat ni... Perkara paling bosan dalam dunia adalah DUTY WARDEN. Bosan3~~~ Kerana hari ini aku tidak membawa sekali kertas ujian dan kerja sekolah untuk ditanda. Kalau tak, mesti aku tak bosan, kan... Hehehe... So, pengajarannye, always be prepared ye, Syahirah! Hari ni, telah berjaya merampas satu lagi hp pelajar. Mohd Syafiq Badrul Hisham. Sape suruh bawak hp yang ade kamera dan memory card? Mane boleh. Kan dah kantoi dengan aku. Nasib la... Tahun depan baru aku pulangkan. Bile cek2 SMS dalam inbox, ade la beberapa msg Kak Ah. Hahaha~~~ Ironi betul. =D Lunch hari ni dekat DS je... Sebab duit kt tangan dah habis. Padan dgn muka aku. Sape suruh boros sangat. Esok, jangan lupa pergi Poliklinik Dr. Sabariah ye Syahirah... Then, jangan lupe jugak poskan hadiah birthday Adawiyah. Erm.. Ha! Lagi satu.. Penting3! Pergi KWSP. Keluar duit untuk downpayment rumah. Ingat3! Wajib buat ketiga-tiga perkara tersebut, ye... Hmm... Ok... Sekarang jam kt PC ni, dah pukul 3:46 petang. Tak tau la betul ke tidak. Alahai... Lambat lagi ke nak ke pukul 4:30 petang? Nak balik... Nasib baik tadi dah sidai baju. Cuaca petang yang panas terik macam ni, haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengeringkan baju memandangkan Lenggong sudah ditimpa hujan untuk 4 5 hari kebelakangan ini... Esok pagi kelas Bio untuk 4 Beta. Erm... Ok. Bincang jawapan latihan hari tu & minta student present group work yang dah buat last week. Ok. Settle! Sekarang, nak pergi baca berita online pulak. Bubye...

Thursday, March 24, 2011

Rasa sangat tak sedap hati.

Tak sedap hati. Tak boleh nak buat apa2. Kenapa dengan aku ni... Aku patut ke Taiping sekarang. Tapi, rasa macam betul2 xde mood. Sangat xde mood. Nak buat ape ni.... Ya Allah... Harap2 la rasa yang tak enak ni xde kaitan dengan Abang. Harap2 Abang ok. Langsung tak dapat contact Abang hari ni. SMS pun fail delivered. Ya Allah.. Mintak2 xde ape2 yang buruk jadi pada Abang.

Mohd Nizar Bin Kamaruzaman.

Nampaknya Nizar betul-betul dah jadi diri dia sendiri. Nizar orang pertama yang hantar buku kerja Science Process Skills hari ni. Bagus Nizar! Keep it up! Saya nak awak buktikan kata-kata ibu awak semasa Hari Akademik tempoh hari. Tahun lepas, tak dapat perform sebab awak tertekan dengan kehidupan di asrama kan... Kene buli. Ye la.. Baru masuk. Paling junior di sekolah. Badan pun kecik. Memang la jadi mangsa selalu.

Tapi, insya Allah, tahun ni, awak memang boleh jadi cemerlang. Bukan lagi pelajar yang selalu mendapat markah rendah. Selamat kembali menjadi Nizar yang bersemangat tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran! Saya doakan awak selalu.

Wednesday, March 23, 2011

Rabu yang kosong...

Sejak beberapa hari ni, Lenggong selalu ditimpa hujan petang. Kadang-kadang berlarutan sampai ke malam. Dah macam 'winter' pulak konon-kononnya. Hari ni tak makan nasi langsung. Mungkin sebab semalam dah makan banyak. Ada jamuan 'free' di bilik seminar selepas habis ceramah tentang S.E.M.

Balik untuk rehat tengah hari sekejap di rumah tadi, ada je gangguan yang datang di muka pintu. Hmm.. Mai, pelajar form 5, bertanyekan samada aku free atau tidak petang ini. Kalau aku free, die nak minta tolong bawak diorang pergi beli barang untuk hari puteri.

Ya Allah.. Ade Hari Puteri pulak Sabtu ni... Hadoi... Betul2 terlupa. Tapi, malangnya, aku hanya mampu memberikan jawapan hampa kepada Mai sebab aku memang tak boleh pergi petang ni. Memang dah plan awal2 nak ke Kuala esok, untuk hidupkan road tax yang dah mati hari Jumaat lepas dan juga memperbaharui insurans kereta. Lepas tu, nak singgah rumah contoh di Taman Bougainviella untuk tandatangan perjanjian jualbeli. Pergh... Itu adalah keputusan berani mati dalam hidup aku.

Tiba-tiba terasa macam was-was pulak. Tapi lepas tu, rasa sayang nak lepaskan rumah tu macam tu je. Makin lama, harga hartanah makin tinggi. Tapi memang perit jugak la untuk beberapa tahun permulaan. Ye la.. Baru nak hidup kan lepas kahwin kan... Insya Allah, kalau tak de ape halangan, pernikahan akan berlangsung pada 24 Disember ini.

Hmm... Dua hari lepas terbaca satu blog milik seorang isteri Tentera Laut. Mula2, die kata, dia memang tak kisah bila duduk jauh. Dia duduk KL, tapi suami duduk Lumut. Tapi lepas tu, dia rasa tak best pulak sebab walaupun dah kahwin, tapi , rasa macam belum kahwin. Tak dapat siapkan makan minum suami, uruskan pakaian suami. Rasa macam isteri yang tak berfungsi pulak. Bila terbaca blog die tu, aku berbelah-bagi samada nak batalkan balik permohonan pertukaran ke MRSM Parit atau pun tidak. Hmm... Macam mane ni... Pening2...

Nak tarik balik permohonan tu, rasa macam; "Biarlah duduk Parit. Dekat sikit dengan tempat kerja Abang." So... Tak jadi batalkan permohonan tu.

Bila tak jadi nak batalkan permohonan tu, rasa mcm; "Ish... aku ni... Kan dah beli rumah kt Kuala. Duduk je la kt Kuala Kangsar ni. Kalau aku kene pindah Parit betul2, sape nak duduk rumah tu?" Dah rasa macam nak batalkan pulak.... Hadoi... Ya Allah... Bantulah aku. Berikan lah aku petunjuk-Mu. Aku mohon ampun atas segala dosaku selama ini. Sembuhkanlah penyakitku ini...

Wednesday, February 9, 2011

2011

Bila dah tgk planner maktab yang baru, tetiba rasa macam "Alangkah bagusnya kalau x kahwin tahun ni."

Rasa pack sangat la aktiviti yang ada. Kerja memang tak pernah habis la... Yang kelas Dip. Edu nye lagi. Hmm... Hadoi....

Slot terakhir.

Alhamdulillah. Lega. Akhirnya habis jgk perjumpaan homeroom hari ni. Lega betul. Aku dah xde idea dah nak buat ape lagi. Hari ni aku free sampai balik sebab jadual baru x keluar lagi. Next week dah start minggu aktiviti dah. =D

Tuesday, February 8, 2011

Rabu, 9 Februari 2011

Jam 9, ada perjumpaan bersama homeroom sekali lagi. Sesuatu yang membosankan sebab xde ape yang menarik untuk dilakukan bersama.

Monday, February 7, 2011

Things To Do.

Hari ni, 8 Februari 2011, ade amik kerepek Kak Mama. Jangan lupa bayar ye, Syahirah! RM 3.50.

Mesyuarat Sukan dan Permainan MRSM Lenggong.

Petang ni ada meeting lagi. Baru ingat nak keluar ke Kuala Kangsar, nak uruskan banyak perkara. Tapi, alhamdulillah, printer aku dah pulih seperti biasa. Cuma nak kena hantar lap top Syikin untuk diformat. Hmm... Tu la. Sape suruh asyik main game je. Kan dah x boleh hidup.

Future Planning.

  1. Tidak ada lagu-lagu merepek ketika Majlis Perkahwinan saya.
  2. Saya akan menghantar anak-anak saya nanti ke sekolah pondok setelah sampai ke peringkat menengah.
  3. Saya akan mengajar sendiri anak-anak saya di rumah bermula dari umur 5 tahun hingga 12 tahun.
  4. Saya akan mewajibkan solat berjamaah setiap kali waktu solat.
  5. Saya akan membudayakan al-Quran dalam rumahtangga saya.
  6. Saya akan mengadakan tazkirah setiap kali selepas Subuh dan juga antara waktu Maghrib dan Isyak.
  7. Saya akan mengamalkan puasa setiap Isnin dan Khamis.
  8. Saya tak akan menjejakkan kaki lagi ke rumah H & H kecuali diajak oleh suami saya.
  9. akan disambung kemudian.

Alhamdulillah.

Syukur pada Allah. Akhirnya, dapat juga aku melancarkan blog baru aku. Harap2 xde sesiapa lagi yang jumpa blog aku lepas ni. Asyik kantoi je dengan orang.