Sunday, July 24, 2011

Pemilihan Kad Jemputan.

Bercakap tentang kad perkahwinan, memang memeningkan kepala bagi aku yang sangat mementingkan kesempurnaan. Tapi, untuk mengelakkan aku daripada berubah-ubah fikiran, lebih-lebih lagi bila melihat pelbagai contoh kad jemputan yang sangat menarik dalam majalah Pengantin ni, so, aku telah menetapkan kriteria-kriteria tertentu dalam pemilihan kad jemputan.

Antara kriteria yang mesti aku patuhi sebelum menempah kad perkahwinan ialah:

  1. LOKASI. Lokasi syarikat percetakan yang paling dekat dengan rumah. Supaya mudah untuk datang berbincang dan melihat proses membuat draf kad perkahwinan.
  2. BUMIPUTERA. Syarikat percetakan mestilah bumiputera sebab artikel SANTAN MELAYU yang telah aku baca di blog Cikgu Zulkof mengingatkan aku tentang pentingnya meningkatkan ekonomi bangsa MELAYU.
  3. RINGKAS. Rekabentuk kad mestilah seringkas yang mungkin. Tak perlu ada gambar kartun(mula2 dulu memang nak. Tapi mak aku bising pulak) dan juga tak perlu ada gambar aku dan Zamir (sangat merepek ini idea! Katakan tidak pada 'letak gambar pada kad jemputan'! interframe betul!)




Contoh Kad Kahwin yang aku suka.

Gambar di atas adalah kad jemputan perkahwinan salah seorang kenalan ketika di Kolej Matrikulasi Johor dulu. - kini seorang doktor perubatan - Dr. Zarirah Adzni Binti Mokhtar.





Ni pulak kad jemputan kawan ketika di KUSTEM@UMT dulu.

Ringkas. My taste!

So, sekarang nak bersiap, pergi Myna Printing untuk bincangkan beberapa perkara lagi tentang kad jemputan aku.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

Saturday, July 23, 2011

Zapin.

Antara pilihan lagu tarian zapin kanak-kanak yang boleh dipertimbangkan...

  1. Zapin Johor, Ya Salam
  2. Zapin Yaladan - Dato' Syarifah Aini & Fadzil Ahmad
  3. Zapin 4 Dara - Dato' Syarifah Aini.
Nota:

Buku Tetamu lagi....




Buku tetamu yang atas ni, buku tetamu Xora, pemilik blog diaterimanikahnya.blogspot.com. Memang majlisnya berkonsepkan tradisional.








Atau pun, gambar dari sumber google ni, juga nampak menarik. Aku sukakan putih dan mungkin boleh guna idea ini untuk buku tetamu aku.







Ini pun boleh dipertimbangkan juga. Sweet! Rambang mata dibuatnya.










Nak macam ni, tapi....





Sangat seronok dengan idea 'buku tetamu' di atas. Tapi mesti ada pro's and cont's kan... Ok. Jom kita tengok cont's dulu.

Keburukan
  1. Kemungkinan akan ada mereka yang gatal tangan pergi cabut 'baju2 comel' tu daripada 'ampaiannya' dan sebelum majlis habis, aku tak sempat pun nak tgk pesanan2 & ucapan tetamu yang ditujukan untuk aku & Zamir.

  2. Kaedah ini memang memakan ruang. Dan aku tak tau nak buat ampaian ni kat mana.

  3. Kalau pun bukan kanak-kanak atau orang dewasa yang gatal2 nak cabut baju2 comel tu, mungkin angin kencang yang akan melayangkan baju2 tu ke tempat yang mana aku pun tak tau.

  4. Kalau pakai sepit kain ni, aku tak tau pulak kt mana nak campak sepit2 kain yang berlambak tu lepas habis majlis.

  5. Leceh nak buat. Nak kena gunting ikut bentuk la pulak. T-shirt lah. Stokin lah. Gaun lah. Seluar lah.
Kebaikan

  1. Murah & comel! ^_^

  2. Aku dapat bayangkan video dan gambar kahwin aku yang sangat fancy dengan kehadiran 'buku tetamu' yang mcm ampaian kain ni.

  3. Tak kan ada orang beratur panjang sebab masing-masing boleh ambil kad/ kertas masing-masing dan tulis sendiri mengikut tempat masing2 dan kemudiannya boleh la digantung di ampaian mini tadi.

Tapi, setelah aku fikir2kan.... Konsep perkahwinan aku adalah tradisional, maka, haruslah aku sesuaikan dengan konsep tradisional jugak. Kalau mcm tu, kena tulis dalam buku atau lembaran-lembaran lama dengan menggunakan pen, siap dengan bulu ayam di belakangnya. Hahaha... Sudah merepek ini orang~~~

Ok. Sebenarnya aku dah mengantuk. Esok saja lah aku sambung. Banyak masa lagi untuk fikirkan idea-idea lain yang mungkin lebih sesuai dgn konsep majlis aku.

Sekian, terima kasih.