Wednesday, December 21, 2011

Maaf terlewat menjemput, Pak Mail.

Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak saya meletakkan gambar scan ini ke dalam blog. Maaf sangat2 kerana terlewat meletakkan kad jemputan ini dek kerana sibuk dengan tugas2 lain.

Apa pun, pada kesempatan ini, saya dengan besar hati ingin menjemput Pak Mail dan keluarga ke majlis perkahwinan saya & suami di Kulai, Johor yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Maaf sangat2 atas kelewatan jemputan ini.

Walau bagaimanapun, saya berlapang dada sekiranya Pak Mail tidak dapat memenuhi undangan saya ini, mungkin kerana ada urusan lain yang telah dirancang terlebih awal.

Saya juga ingin memohon jasa baik dari Pak Mail agar sudi mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Terima kasih juga kerana sudi menjadi rakan blog saya selama ini. Syukur pada Allah atas ukhwah yang terbina.

Jadi, Pak Mail, di bawah ini ada kadnya. Mohon ampun sangat2 kerana tak dapat menghantar kad sebenar ke rumah. Memang kesuntukan masa. Even pensyarah saya sendiri masa belajar dulu pun baru saya teringat nak jemput. Hmm... Terpaksa lah saya emel @ SMS dia untuk jemputan tersebut.








Doa dari bekas pelajar MRSM Lenggong

Monday, December 12, 2011

Hmm.. Banyaknya akaun!

Ok, ok, ok... Enough Syahirah Mohd Ariff! Ko dah ada 4 akaun bank sekarang ni. So, sila jangan buka akaun dgn bank lain lagi bg mengelakkan kecelaruan fikiran. ;p

Hari ni saya berjaya memiliki 4 akaun bank, 3 daripadanya boleh diakses melalui internet. Hanya satu lagi yang belum set-up online banking... Coming soon BIMB... Hehehe... Yes! Lepas ni, no more parking (benci bila kena kompaun bodoh2 tadi. Kurang asam punye MDKu!), no more ATM, no more Q-up panjang2! & save time!

Kalau mengikut sejarah, akaun pertama yang aku buka adalah akaun BCB yang kini dikenali sebagai CIMB. Akaun tu dibuka dulu sebab senang nak masukkan duit PTPTN masa masuk 'U' dulu.

Kemudian, bila dah mula kerja, buka pulak akaun Maybank sebab apa2 claim cheque yang dikeluarkan oleh sekolah bagi kerja-kerja di luar maktab, adalah melalui cek Maybank. So, senang la nak bank-in. Lagi pun dekat pekan koboi Lenggong tu, ada Maybank je pun... Kalau nak pergi bank-bank lain, kena la ke Kuala Kangsar yang jauhnya lebih kurang 38km dari MRSM. Susah nak withdraw money.

Akaun ketiga adalah akaun Bank Islam. Sebabnya, akhir tahun lepas, aku & beberapa orang guru baru dikehendaki mendaftar masuk untuk program Diploma Pendidikan di UIAM Gombak. Lepas tu, ada lah desas-desus yang mengatakan duit elaun makan kami akan dimasukkan oleh UIAM melalui akaun Bank Islam sahaja. Jadi, sesiapa yang belum ada akaun Bank Islam, kena lah bukak akaun baru... Jadi, wujudlah satu lagi akaun bank dalam rekod kewangan aku.

Akhir sekali, yang baru buka tengah hari tadi, adalah akaun RHB Bank. Sebabnya, aku dah malas nak kene pergi cash deposit duit ansuran kereta tiap-tiap bulan dkt bank lagi. Jauh tu kalau nak pergi Kuala Kangsar semata-mata nak bayar duit ansuran kereta. Lagi pun, aku xnak insiden yang sama berlaku lagi di mana aku telah kehilangan wang tunai sebanyak RM 550 dua minggu lepas. Semuanya gara-gara nak ada cash dkt tangan, then senang nak bank-in dkt RHB Bank. Sekali, entah cicir dkt mana pulak... Serik dah.

Jadi, lepas ni, semua buat online banking. Selamat daripada hilang duit ke, kena rompak ke ape... Lepas tu jimat masa. Jimat tenaga. Yang penting ada internet connection. Dan jangan dedahkan pin number pada orang lain.

Ok. Satu je lagi yang belum ada online banking. BIMB. Tak pe lah. Nanti free, boleh buat.

Ok. nak serve dinner utk Mama. Kesian Mama. Lapar, penat. Ok. Jumpa lagi untuk entri seterusnya.

Assalamualaikum.

*Nota kaki: Puas hati hari ni dah ada 3 online bank account! :)

Saturday, December 10, 2011

Majlis yang ditunggu-tunggu.

Setelah sekian lama membuat persediaan, dengan begitu banyak pertimbangan untuk membuat pilihan sepanjang proses persiapan majlis ini, akhirnya, aku boleh berasa sedikit lega kerana beberapa perkara sudah pun diselesaikan.

Namun, dalam kegembiraan menyambut menantu pertama dalam keluarga kami, terselit juga kesedihan. Kasihan atok. Dek kerana hendak mengambil rambutan untuk dijual oleh cucu2nya, satu nikmat Allah ditarik balik. Atok jatuh pokok. Teruk sangat. Hempap bumbung rumah jiran. Habis pecah. Tangan kanan atok rosak teruk. Patah. Dalamnya hancur. Ya Allah... Berikanlah kami sekeluarga kesabaran menghadapi ujian-Mu ini, Ya Allah. Berikanlah atok pahala yg berlipat kali ganda di akhirat sana, atas kesabaran atok menahan kesakitan yang teramat sangat itu.

Aku mula terfikir yang teruk2. Atok x boleh drive lagi. Atok tak boleh pergi masjid lagi. Atok x boleh pergi pasar, belikan wan barang2 dapur. Atok x boleh bg makan kucing lagi. Atok tak boleh buang sampah lagi. Atok x boleh pergi belajar mengaji lagi. Dan yang paling aku sayu, atok x boleh tulis kata-kata nasihat dalam buku tetamu majlis perkahwinan cucu sulungnya ini. Aku sayu bila melihatkan muka surat khas yang telah aku sediakan untuk atok & wan. Allahuakbar...
Sabarlah wahai hati....

Ya Allah... Kasihani lah atok. Hanya Engkau yg mampu merawat segalanya. Hanya Engkau yg mampu memberikan keajaiban kepada hamba-hambanya.

Permudahkan lah segalanya, Ya Allah. Berikanlah atok kesembuhan. Berikanlah atok kesabaran.

Untuk atok, ingin sekali aku membacakan hadis ini kepadanya.

Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


Semoga atok sabar menghadapi ujian ini & semoga dosa-dosanya diampunkan Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin...