Thursday, March 31, 2011

Ala..... Malunye!!!!

Neves...

Neves....

Neves...

Tak nak... Jangan la En. Min panggil aku. Ala... Malu ni... Malu sangat2 dah.

Tu la... Masa isi borang pindah dulu, xnak pk betul2. Ngok la ko ni Syahirah oi.....

Malu ni... Jangan la En. Min panggil aku.

Ya Allah... Ya Allah...

Serius tengah neves tahap maksimum ni...

Xnakkkk!!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

Things To Do = 28 Mac - 1 April 2011

=SEM= --> Arrange meeting hari Selasa depan, waktu rehat, & tampal notis penghantaran buku log di setiap kelas tingkatan 4. Taip nama kumpulan pelajar dan senarai tajuk kajian.


=Pandu Puteri= --> Buka fail baru.


=SPMa= --> Rezo borang soal-selidik


=Biologi= --> Rezo Soalan Ujian Selaras II


=Sains= --> Habiskan tanda buku, latihan & ujian pelajar. Key-in markah. Cari kertas Rashidah Safwah. Ntah mane hilangnya.


=Surat Batal Pindah= --> Hantar hari ini guna pos laju


=Borang claim= --> Cari senarai nama pelajar yang ke klinik. (ntah mane la ko letak, Syahirah oi~~~)


=Fail MIGTY=


=Appointment with Faris Izwan 5 Alpha, Cell Division=

Sunday, March 27, 2011

=Entri Takde tajuk= Ngee...

Alahai... Ngantuknye duty warden hari ni... Tolong la mata... Tolong la jangan mengantuk. Kan tadi dah malu sendiri. Nasib baik la budak tu jenis yang bendul2 sikit. Kalau x, habis la malu aku satu asrama tau, aku tertido masa duty. Bengong la... Hadoi... Hari ni sangat lah bosan. Bila nak dapat keluar dengan Abang ni... Bosannye... Benci2... Cop! Aku mane boleh keluar dgn Abang. Bajet bulan ni dah habis untuk rumah baru la... Hua!!! Nak nangis aku mcm ni... Y_Y Huhuhu.... Sedih3! Ha... Bosan la... Ape nak buat ni... Perkara paling bosan dalam dunia adalah DUTY WARDEN. Bosan3~~~ Kerana hari ini aku tidak membawa sekali kertas ujian dan kerja sekolah untuk ditanda. Kalau tak, mesti aku tak bosan, kan... Hehehe... So, pengajarannye, always be prepared ye, Syahirah! Hari ni, telah berjaya merampas satu lagi hp pelajar. Mohd Syafiq Badrul Hisham. Sape suruh bawak hp yang ade kamera dan memory card? Mane boleh. Kan dah kantoi dengan aku. Nasib la... Tahun depan baru aku pulangkan. Bile cek2 SMS dalam inbox, ade la beberapa msg Kak Ah. Hahaha~~~ Ironi betul. =D Lunch hari ni dekat DS je... Sebab duit kt tangan dah habis. Padan dgn muka aku. Sape suruh boros sangat. Esok, jangan lupa pergi Poliklinik Dr. Sabariah ye Syahirah... Then, jangan lupe jugak poskan hadiah birthday Adawiyah. Erm.. Ha! Lagi satu.. Penting3! Pergi KWSP. Keluar duit untuk downpayment rumah. Ingat3! Wajib buat ketiga-tiga perkara tersebut, ye... Hmm... Ok... Sekarang jam kt PC ni, dah pukul 3:46 petang. Tak tau la betul ke tidak. Alahai... Lambat lagi ke nak ke pukul 4:30 petang? Nak balik... Nasib baik tadi dah sidai baju. Cuaca petang yang panas terik macam ni, haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mengeringkan baju memandangkan Lenggong sudah ditimpa hujan untuk 4 5 hari kebelakangan ini... Esok pagi kelas Bio untuk 4 Beta. Erm... Ok. Bincang jawapan latihan hari tu & minta student present group work yang dah buat last week. Ok. Settle! Sekarang, nak pergi baca berita online pulak. Bubye...

Thursday, March 24, 2011

Rasa sangat tak sedap hati.

Tak sedap hati. Tak boleh nak buat apa2. Kenapa dengan aku ni... Aku patut ke Taiping sekarang. Tapi, rasa macam betul2 xde mood. Sangat xde mood. Nak buat ape ni.... Ya Allah... Harap2 la rasa yang tak enak ni xde kaitan dengan Abang. Harap2 Abang ok. Langsung tak dapat contact Abang hari ni. SMS pun fail delivered. Ya Allah.. Mintak2 xde ape2 yang buruk jadi pada Abang.

Mohd Nizar Bin Kamaruzaman.

Nampaknya Nizar betul-betul dah jadi diri dia sendiri. Nizar orang pertama yang hantar buku kerja Science Process Skills hari ni. Bagus Nizar! Keep it up! Saya nak awak buktikan kata-kata ibu awak semasa Hari Akademik tempoh hari. Tahun lepas, tak dapat perform sebab awak tertekan dengan kehidupan di asrama kan... Kene buli. Ye la.. Baru masuk. Paling junior di sekolah. Badan pun kecik. Memang la jadi mangsa selalu.

Tapi, insya Allah, tahun ni, awak memang boleh jadi cemerlang. Bukan lagi pelajar yang selalu mendapat markah rendah. Selamat kembali menjadi Nizar yang bersemangat tinggi untuk cemerlang dalam pelajaran! Saya doakan awak selalu.

Wednesday, March 23, 2011

Rabu yang kosong...

Sejak beberapa hari ni, Lenggong selalu ditimpa hujan petang. Kadang-kadang berlarutan sampai ke malam. Dah macam 'winter' pulak konon-kononnya. Hari ni tak makan nasi langsung. Mungkin sebab semalam dah makan banyak. Ada jamuan 'free' di bilik seminar selepas habis ceramah tentang S.E.M.

Balik untuk rehat tengah hari sekejap di rumah tadi, ada je gangguan yang datang di muka pintu. Hmm.. Mai, pelajar form 5, bertanyekan samada aku free atau tidak petang ini. Kalau aku free, die nak minta tolong bawak diorang pergi beli barang untuk hari puteri.

Ya Allah.. Ade Hari Puteri pulak Sabtu ni... Hadoi... Betul2 terlupa. Tapi, malangnya, aku hanya mampu memberikan jawapan hampa kepada Mai sebab aku memang tak boleh pergi petang ni. Memang dah plan awal2 nak ke Kuala esok, untuk hidupkan road tax yang dah mati hari Jumaat lepas dan juga memperbaharui insurans kereta. Lepas tu, nak singgah rumah contoh di Taman Bougainviella untuk tandatangan perjanjian jualbeli. Pergh... Itu adalah keputusan berani mati dalam hidup aku.

Tiba-tiba terasa macam was-was pulak. Tapi lepas tu, rasa sayang nak lepaskan rumah tu macam tu je. Makin lama, harga hartanah makin tinggi. Tapi memang perit jugak la untuk beberapa tahun permulaan. Ye la.. Baru nak hidup kan lepas kahwin kan... Insya Allah, kalau tak de ape halangan, pernikahan akan berlangsung pada 24 Disember ini.

Hmm... Dua hari lepas terbaca satu blog milik seorang isteri Tentera Laut. Mula2, die kata, dia memang tak kisah bila duduk jauh. Dia duduk KL, tapi suami duduk Lumut. Tapi lepas tu, dia rasa tak best pulak sebab walaupun dah kahwin, tapi , rasa macam belum kahwin. Tak dapat siapkan makan minum suami, uruskan pakaian suami. Rasa macam isteri yang tak berfungsi pulak. Bila terbaca blog die tu, aku berbelah-bagi samada nak batalkan balik permohonan pertukaran ke MRSM Parit atau pun tidak. Hmm... Macam mane ni... Pening2...

Nak tarik balik permohonan tu, rasa macam; "Biarlah duduk Parit. Dekat sikit dengan tempat kerja Abang." So... Tak jadi batalkan permohonan tu.

Bila tak jadi nak batalkan permohonan tu, rasa mcm; "Ish... aku ni... Kan dah beli rumah kt Kuala. Duduk je la kt Kuala Kangsar ni. Kalau aku kene pindah Parit betul2, sape nak duduk rumah tu?" Dah rasa macam nak batalkan pulak.... Hadoi... Ya Allah... Bantulah aku. Berikan lah aku petunjuk-Mu. Aku mohon ampun atas segala dosaku selama ini. Sembuhkanlah penyakitku ini...