Friday, April 22, 2011

Rumah oh rumah....

Aku tak tau lah adakah keputusan aku untuk membeli rumah ni, satu keputusan yang betul atau tidak. Berdasarkan prestasi hubungan aku dengan Pencipta yang agak tak membantu, aku takut, keputusan aku ni merupakan keputusan yang merugikan. Tapi, Uncle Zayin dan mak cik cakap, even ada la jugak beberapa orang cakap, bagus beli rumah masa muda2 ni. Cuma kedudukan kewangan je la yang tak berapa nak ok.

Harga rumah RM 173,880. Double-storey terrace di Kuala Kangsar. Buat home loan RM 160,000. Macam biasa, pembeli kena la bayar 10% dari harga rumah. Banyak tu.... RM 17,388! Lalu, aku pun buat personal loan dengan Bank Islam dan keluarkan semua duit KWSP dari akaun 2 untuk menampung bayaran pendahuluan 10% tersebut.

Sebagai pembeli rumah yang langsung tak ada pengalaman, (gila aku ni. Memang buat kerja gila), aku terlepas pandang dengan kos guaman untuk penyediaan Perjanjian Jual Beli Rumah. Tiba-tiba, petang ini, aku terima surat daripada pihak peguam yang dilantik oleh pihak pemaju meminta aku membayar yuran guaman sebanyak RM4508! Hmm... Kenapa la tak cakap awal2, wahai VillaWorld. Kalau tak, boleh la aku buat personal loan yang boleh menampung semua termasuk kos guaman tadi. Hadoi....

So... Sekarang ni memang blur. Tak tau nak buat apa. Kalau terpaksa tukar personal loan plan tu, tukar je lah. Ok... Sabar. Relaks. Jangan gelabah. Everything will be fine.

Dan petang ni, pendek kata minggu ni, adalah minggu yang yang agak teruk sebab maktab ni dilanda masalah bekalan air. Apa la masalah dengan Lembaga Air Perak ni. Sejak aku duduk sini dari tahun 2009, ada je masalah air. Tapi kali ni memang teruk la. Mujur la aku duduk sorang. Jadi, dua tangki yang ada di rumah tu, boleh la menampung keperluan air aku untuk beberapa hari sementara menunggu bekalan air pulih.

Tuesday, April 12, 2011

Pengajaran Hari Ini - Sila ingat sampai bila2.

Pada ketika Syahirah menginjak ke umur 26 tahun, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan yang akan mengubah cara hidupnya. Tapi, xpe... Tak terlalu ketara.

Pertama: Syahirah tak boleh makan durian dan yang seangkatan dengannya lagi sampai bila2.
Kedua: Syahirah tak boleh makan KFC lagi.
Ketiga: Bakal menyusul kemudian........

___________________________________________________________

Malam ni, pergi academic staffroom, cadang nak buat kerja sikit yang masih tertunda. Tapi, kepala sakit berdenyut2. Sah2 tubuh aku dah tak mampu menampung garam & MSG yang bertimbun dalam ayam goreng KFC tu... Hmmm... masa umur 26 tahun tu... Mama dulu pun kene hipertension masa umur 28. Aku? 2 tahun lebih awal!!!! Tidakkkkkkk!!!!!

Hmmm..... T_T

Selamat tinggal semua makanan SEGERA! Memang nak bagi aku mati SEGERA agaknya... T_T

Monday, April 11, 2011

Kesibukan itu satu nikmat.

Ya... Kesibukan itu satu nikmat. Nikmat yang sangat2 aku syukuri. Kalau boleh, setiap hari aku nak sibuk. Setiap jam aku nak sibuk. Aku tak nak ada satu ruang pun untuk aku membuang masa. Macam semalam... =(

Kesibukan itu satu nikmat. Dalam hidup ini terlalu banyak amanah. Aku menulis ini hanya sekadar untuk mengingatkan diri yang selalu lalai. Padahal terlalu banyak amanah yang masih tidak tertunai. Banyak sangat... Hmm....

Tangan ini, amanah.

Suara ini amanah.

Telinga ini amanah.

Kaki ini amanah.

Mata ini amanah.

Lidah ini amanah.

Perut ini amanah.

Pekerjaanku ini juga amanah.

Pelajar-pelajar aspuri, juga amanah.

Amanah itu harus aku gunakan dan jaga dengan sebaik mungkin, dan sepatutnya jangan ada sedikit pun ruang bagi 'Pencatat-pencatat Setia' di kiri dan kananku untuk menulis yang buruk-buruk tentang amanah-amanah yang aku pegang ini.

Amanah dalam pekerjaan teramatlah banyak. Meja kerja aku di sekolah penuh dengan bertimbun-timbun dokumen yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Ya Allah. Bantulah aku. Aku berlindung dengan-Mu daripada manusia-manusia yang rugi sebagaimana yang Kau telah wahyukan kepada kekasih-Mu, Muhammad sallallahualaihiwasallam;

"Demi masa."
"Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian."
"Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
"Dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran"
"dan juga mereka yang berpesan-pesan untuk kesabaran."

Semoga apa yang aku buat sekarang ini, termasuk dalam kerja-kerja orang2 yang beriman (terutamanya kepada Al-Qur'an dan para Malaikat), beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran.

Tengah hari semalam, aku keluar untuk makan tengah hari di Restoran Ikan Bakar Tasik Raban. Malangnya setiba sahaja aku di restoran tersebut, aku lihat tayar kereta depan sebelah kiri, seperti kurang angin. Hampir flat. Bergegas aku ke Stesen Minyak Shell di pekan Lenggong untuk mengisi angin. Semasa mengisi angin tayar, baru aku perasan ada paku yang melekat di tayar tersebut. Ya Allah... Dugaan apa lagi ini...

Dalam kepalaku terus terfikir, "Habis la.... Melayang la RM200 kene ganti tayar ni... Hadoi... "

Disebabkan semalam adalah hari Ahad, pekan Lenggong menjadi pekan mati. Tiada satu kedai pun yang buka. Tak kan aku nak ke Kuala Kangsar yang sejauh 30km semata-mata untuk menukar tayar? Teruk lah rim tayar rosak nanti. Kalau apa2 terjadi di pertengahan jalan, habis la aku. Nak tukar tayar sendiri dengan tayar spare? Oooh... Tidak2... Minta maaf. Aku sangatlah tidak pakar dan tidak ada kekuatan untuk menukar tayar sendiri.

Maka, aku bertahan dulu untuk semalam dengan hanya mengisi angin sebagai syarat. Dan tengah hari tadi, aku lihat tayar kembali mengempis. Nampaknya, memang aku harus ke kedai tayar. Sampai sahaja di pekan Lenggong tengah hari tadi, aku terus bertanyakan kalau ada jual tayar second-hand. Tapi setelah mekanik di kedai tayar itu memeriksa tayar tersebut, rupa2nya aku tak perlu menukar tayar. Dia hanya menampal sahaja tayar yang telah pancit itu.

Sekejap sahaja. Kebetulan ketika itu, memang tak ada pelanggan lain. Hanya dalam masa tak sampai 15 minit sahaja, tayar aku siap ditampal. Allah telah menolong aku lagi kali ini. Maha Suci Allah yang memudahkan segalanya bagi aku.

"Ya Allah. Janganlah Kau palingkan hati aku setelah Kau memberikan petunjuk/hidayah kepadaku. Dan kurniakanlah kepadaku rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi segala."

Sunday, April 10, 2011

Macam mana nak hidup bahagia?

Hari ni, sangat membosankan. Bagaikan hidup tanpa nyawa. Tak tau kenapa hari ni jadi macam ni. Sebab tidur lewat malam tadi ke? Tapi, bila duduk di bumi MRSM Lenggong ini, aku jadi rasa bersyukur dan bertuah. Maghrib yang sunyi seringkali disemarakkan dengan alunan zikir dan doa dari pelajar-pelajar maktab. Setelah seharian aku seperti hilang arah tuju, kini aku jadi tenang. Masih ada lagi ruang untuk aku kembali ke pangkal jalan. Alunan zikir dan doa telah mententeramkan hati. Pelajar-pelajarku, kamulah nyawaku... Bukannya dia yang aku boleh aku harapkan.

Pasrah...

Alangkah bahagianya kalau aku ada housemate.

Friday, April 1, 2011

Jumaat, Birthday Adawiyah II.

Petang, rasa lapar sangat sebab tak makan daripada pagi. Jadi, macam biasa, Ashraf yang akan aku cari dulu sebab aku selesa dengan dia. Hahaha.... Sebenarnya nak ajak Fatihah (Che Ah) sekali sebab hari tu, dia cakap, dia nak keluarkan duit jugak. Tapi, bila cari Che Ah di kelas, dia sibuk buat latihan Matematik Moden sebab malam ni ada ujian Matematik untuk semua tingkatan 4. Hahaha... Kalau ada ujian, baru la sibuk nak pulun buat latihan ye... Tapi Che Ah bagi tau, dia dah keluarkan duit dah beberapa hari lepas. Jadi aku pun keluar dengan Ashraf & Aiman je. Sebab Aiman nak ke ATM untuk keluarkan duit.

Dalam kereta, Ashraf sibuk mintak nak ke Kuala Kangsar. Takde maknanya lah nak ke Kuala Kangsar. Lagi pun esok aku dah janji dengan Nadia dan Mimi nak ke Kuala pukul 9.30 pagi. Takkan la sampai dua kali nak ke Kuala. Bukannya dekat pun. Akhirnya, kami ke pekan koboi Lenggong je untuk keluarkan duit Aiman (ATM BSN) dan pergi MAKAN (sebab utama aku keluar) di Dataran Lenggong. Macam biasa, Pejo Corner tempat kami lepak. Aku pesan Nasi goreng cili padi dan budak berdua tu Nasi Goreng Ayam.

Ada satu scene kelakar terjadi masa Aiman keluarkan duit dari ATM tadi. Alkisahnya, aku parking kereta bersebelahan dengan MyVi lain. Aku rasa bukan warna Ivory White macam aku punya. Warna MyVi tu Pearl White Special Metallic rasanya. Masa sampai depan BSN tu, Ashraf & Aiman keluar berdua untuk ke ATM. Aku tunggu je dalam kereta. Yang lawaknya tu, lepas selesai urusan di ATM mereka dengan selambanya melulu ke MyVi di sebelah kereta aku. Aku pun mula la buat muka pelik. Cermin aku pulak tinted sikit. Budak berdua tu langsung tak toleh kt aku pulak tu. Lepas tu, dengan penuh keyakinan, Ashraf pegang pemegang pintu kereta tu dan nak tarik untuk buka pintu, tapi tak boleh buka sebab berkunci. Aiman pun sama. Nak cuba buka pintu belakang tapi tak boleh. Hahahaha!!!! Aku pun saja perhati, nak tengok mereka perasan ke tidak, yang mereka dah tersilap kereta. Beberapa saat berlalu, mereka masih tak perasan lagi tu bukan lah kereta cikgu mereka. Dok tunggu kt luar kereta tunggu aku unlock dan dengan harapan mereka boleh la masuk. Aku yang perhatikan dari kereta aku ni pun kesian, turunkan cermin kereta dan panggil mereka berdua. Lepas tu... Memang boleh dibayangkan la apa yang terjadi... Aku nak gelak guling2 kat situ. Hahaha!!!!

Kebetulan ada seorang pak cik dalam kedai barangan elektrik berdekatan dengan tempat aku letak kereta tu. Pak cik tu terus macam nak keluar kedai nak pergi ke arah MyVi tu. Aku rasa la dia tuan punya MyVi Pearl White tu. Hahaha... Mesti dia cuak tengok ada dua orang budak lelaki belasan tahun cuba nak buka kereta dia. Kahkahkah!!! Mesti dia ingatkan pencuri kereta. Hahaha!!!!! Serius aku rasa nak gelak lagi sekarang ni. Yang Si Ashraf & Aiman, muka dah malu + bengang. Masuk2 je kereta aku, terus ketawa sebab malu dah tersilap kereta. Hahaha!!!! Aku lagi la. Memang tak boleh nak tahan ketawa lagi. Kelakar2~~~~

Ashraf: "Teacher ni... Dah tau kitorang tersilap kereta, bukannya nak panggil awal2. Kan dah malu...", sambil ketawa.

Aku: "Saje je nak kenekan awak. Ape la awak ni. Macam mana la boleh tersilap kereta," sambil cakap dalam hati, tentu2 warna cat lain. Hahaha....

Lepas habis makan di Pejo Corner, kami balik ke maktab. Tapi aku tak terus masuk ke rumah, sebaliknya aku ke Dewan Selera. Saja nak tengok apa menu pelajar hari ni. Pergi dekat meja yang ada Nisa dan Fatin. Free2 mereka kene bebel dengan aku sebab makan tak habis. Membazir je... Aku cakap, nasib la... Tak boleh tengok ABPBH Sabtu ni... Sape suruh makan tak habis. Hahaha...

Lepas tu, pergi meja lain pulak. Ada Adha, Alif Aiman, Alif Akram dan Yunus. Yunus ntah sibuk lukis ape entah. Baik la naik surau, baca Ma'thurat. Yunus tersengih-sengih dengar aku membebel. Masa tu Adha belum habis makan lagi. Aku pun sembang-sembang dengan mereka berempat. Aku tengok ada buku atas meja sebelah Adha. Nak tergelak aku tengok buku tu. Macam-macam la Adha ni. Tapi dalam hati, sangat kagum. Adha memang pelajar cerdas pintar. Buku tu penuh dengan lukisan, lakaran dan catatan seperti seorang jurutera sedangkan Adha baru tingkatan 2. Aku tanya, Adha, awak memang minat nak jadi jurutera ke?

Adha: "Erm... Saya minat rekacipta cikgu. Saya cuka reka macam-macam."

Alif Akram menyampuk: "Ha'ah tau Teacher. Adha ada macam-macam kt rumah die. Litmus paper pun ade."

Aku: "Ha? Macam mane awak ada semua tu Adha?"

Adha: "Atok saya dulu ada kedai stationery. Tapi dia dah tutup sebab takde orang nak tolong dia uruskan kedai tu. So, lebihan barang2 tu, dia simpan la. Macam2 ada. Magnifying glass, pensel, pen, semua la.. Alat-alat makmal pun ada. Dia simpan dalam stor kt rumah dia. Dia cakap dengan saya, kalau nak, ambik je..." Sambil makan, dan menahan kepedasan, Adha terpaksa jawab jugak soalan aku. Hehehe...

Aku: "Wah!!!! Bestnye!!!! Kenape la atok awak tutup kedai tu. Sayangnye...."

Yunus: "Ha Teacher....," Sambil buat muka nak kenakan aku... "Teacher nak beli la tu~~~"

Aku: "Eeei... mane ade.... Habis tu, Adha, sekarang atok awak tak buat ape2 la?"

Adha: "Ada.. Dia bukak stesen minyak mini kt kampung."

Aku: "O ye ke? Kampung awak kt mane?"

Adha: "Parit.."

Aku: "Ooo.... "

Aku kembali membelek buku Adha; "Bestla buku awak ni. Dah macam McGyver la pulak. Tapi kenapa pakai serbuk paprika ni untuk detect sentuhan? Kan boleh pakai serbuk lain. Ish awak ni... Paprika untuk makan la... Ade pulak guna untuk penyiasatan." Saje aku provok Adha.

Adha: "Dah itu je serbuk berwarna yang saya ada...," sambil buat muka kesian.

Aku: "Hahaha.... Takpe... Boleh je cari serbuk lain," sambil menghadiahkan senyuman pada Adha.

Aku doakan agar Adha terus berjaya dalam bidang yang diminatinya selaras dengan hasrat Negarawan ulung, Tun. Dr. M agar rakyat Malaysia mampu untuk menjadi negera pengeluar dan pencipta, bukan lagi negara pengguna semata2. Ya Allah... Bantulah Adha, Yunus, Alif Akram dan Alif Aiman agar menjadi Islam dan Melayu yang cemerlang dunia dan akhirat. Amin Ya Allah....

Jumaat, Birthday Adawiyah.

Ya Allah.... Peningnya kepala hari ni. Allahu akbar. Berikanlah aku kesabaran. Allahuakbar....
Dari pagi tak makan apa2. Sibuk dengan SPMa. Then, terus je perjumpaan dengan Pengetua. Lepas tu, ke makmal. Buat 'Water Electrolysis' dengan kelas 2 Epsilon. Kesian mereka. Tak tau kenapa aku moody hari ni. Mungkin sebab tension tengok meja kerja aku dah tak macam rupa meja. Serabut, tahap maksimum punya. Ni semua gara-gara Pandu Puteri 'yang bestnyeeeeerrrrr' tu. Huh....

Masuk-masuk kelas je, dengan muka yang tak ceria, terus suruh pelajar pergi makmal. Serius aku macam tak bermaya sangat hari ni. Jadi, bila ada je yang tak kena di mata, terus la rasa nak marah.

Kain samping untuk dipakai. Bukan diletakkan di atas meja. Bila dah bersepah macam tu, memang la saja mengundang kemarahan. Lebih-lebih lagi masa perjumpaan guru2 dan Pengetua tadi, En. Riduan dah komen tentang pakaian pelajar lelaki semasa hari Jumaat. Ada yang tak pakai samping. Ada yang tak pakai songkok. Jadi memang terus la aku tegur pelajar bila ada yang tidak pakai uniform lengkap.

Water electrolysis untuk kelas 204 tadi tak dapat diselesaikan dengan pengujian gas hidrogen & oksigen. Sebab kesuntukan masa. Masa kelas mula tadi pun, masing-masing terpinga-pinga. Silap aku jugak. Aku yang tengah moody tadi terus arahkan pelajar set-up sendiri radas untuk jalankan electrolysis tu tanpa aku memberikan apa-apa panduan. Rasa bersalah pulak sekarang. Tapi tadi, aku cuba set-up sendiri set eletctrolysis aku. Alhamdulillah menjadi jugak walaupun setelah melakukan beberapa pengubahsuaian pada voltan dan juga isipadu asid sulfurik cair.

Pelajar-pelajar dalam kumpulan yang lain, sibuk datang ke meja kumpulan depan ( tempat aku set-up set aku sendiri) untuk melihat bagaimana susunan radas electrolysis tersebut. Ape la aku ni... Tak patut buat mereka terbiar macam tu. Tapi, bila aku fikir-fikir balik, ada baiknya. Itulah namanya Constructivism. Pelajar membina sendiri konsep mereka berdasarkan aktiviti dan pemerhatian. Yes... PEMERHATIAN! Walaupun dalam keadaan aku yang moody, Allah tolong jugak aku dan para pelajar untuk mendalami ilmu-Nya. Alhamdulillah... Maha Suci Allah yang telah membantu hambanya yang penuh dengan segala kekurangan ini.

Masa berlalu dengan begitu cepat. Kelas 204 perlu meninggalkan makmal untuk ke bengkel Kemahiran Hidup. Sayang... Mereka tidak dapat menguji kehadiran gas yang terkumpul di kedua-dua Anode & Cathode. Electrolysis berjalan dengan kadar yang perlahan. Hmm... Takpe lah... Harap-harap boleh buat lagi minggu depan.

Pukul 12.05 pm pulak, ke makmal lagi dengan kelas 205. Dah lama tak datang kelas Gamma awal-awal. Cuma tadi datang awal sebab nak buat aktiviti Electrolysis tu. Takut tak cukup masa. Hehe....

205 amat beruntung kerana dapat menguji kehadiran gas hidrogen dengan menggunakan kayu uji berbara. Itu pun hasil electrolysis kelas 204 tadi. Jadi, secara kesimpulannya, 204 memulakan electrolysis dengan ditamatkan oleh kelas 205.

Nota: Zainal & Alham diminta berdiri hingga habis waktu kerana tidak memakai baju Melayu pada hari ini. Sekian.