Thursday, June 14, 2012

Chinese Birth Calendar.

Mula-mula macam nak percaya. Tapi bila kira sekali lagi, macam tak berapa tepat pulak. Xpe lah. Malas nak mengharap. Terima je anak perempuan atau anak lelaki. Yang penting dapat zuriat yang sihat, kuat, dan soleh @ solehah.

http://www.chinesebirthcalendar.org/chinese-birth-calendar.html >> kalau ikut yg ni, aku mungkin dapat anak lelaki.

http://www.webwomb.com/chinesechart.htm >> yang ni pun sama. anak lelaki jugak.

http://www.momswhothink.com/pregnancy/chinese-pregnancy-calendar.html >> pun sama. anak lelaki jugak.

http://www.babyhopes.com/chinese-birth-chart.html >> tapi yg ni pulak, anak perempuan.

http://www.thelaboroflove.com/chart/cal.html >> ni pun perempuan jugak.

Hmm... Macam2... Malas dah nak percaya. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam rahim. Tiada yang Maha Mengetahui kecuali Dia.

Pregnancy

Ok... Tajuk memang nampak macam membahagiakan. Tapi, sebenarnya banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sepanjang tempoh 3 bulan setengah ni. Setakat ini la...

Ok... First, kena selalu pergi klinik. Setiap bulan lebih kurang dua kali. Second, kena ambil sampel darah. Bercucuk-cucuk lengan aku ni ha... Third, selalu kena buat urine test.

Hmm... Mula-mula ni, rasa macam leceh pulak. Kena buat itu, kena buat ini. Kena pantang itu, kena pantang ini. Bila macam ni, aku tak fikir sangat pun pasal bayi dalam kandungan. Tapi, terus terfikirkan, macam ni susah ke Mama dulu menunggu kelahiran aku, anak sulungnya? Ya Allah... Sekarang, baru aku rasa. Dan sedikit demi sedikit, aku lebih menghargai Mama lebih daripada dulu.

Medical check-up untuk bulan Jun, dah settle. Alhamdulillah. Cuma ada beberapa 'Things To Do' yang harus dibereskan sebelum akhir bulan ini. Hmm... Banyaknya kerja. SPM pun dah semakin hampir. Nampaknya aku kena bekerja keras dan lebih bersistematik lagi. Walau sebanyak mana pun kerja yang diamanahkan kepada kita, kita masih boleh melakukannya dengan penuh berkualiti dengan syarat ada perancangan yang rapi dan sistematik.

Esok, Jumaat, hanya ada kelas dengan 5 Delta. Cuba habiskan perbincangan untuk Kertas 3. Jumaat malam pulak, tolong pantau pelajar di Dewan Besar ketika seminar kerjaya berlangsung. Sabtu ni, free. Boleh habiskan menanda semua buku kerja pelajar. Ahad, kemas rumah sebersih-bersihnya.

Tuesday, June 12, 2012

Rabu, 13 Jun 2012

8:00 pagi -

Berada di Klinik Kesihatan Lenggong. Buat pemeriksaan berkala dgn Dr. Zubaidah. Minum air gula. Ambil sampel darah.


11.00 pagi -

Harap dah berada di maktab. Kalau kesihatan tak mengizinkan, tak dapat la masuk kelas. Doktor kata, biasanya kalau minum air gula, kepala akan rasa pening2. Kalau tak larat sampai macam tu, tak dapat la buat lecture topik Nutrition untuk kelas 4 Alpha. :(


Sepatutnya aku ada dua kelas esok, satu dengan kelas 4 Beta & satu lagi dengan kelas 4 Alpha.

4 Beta: 8:20 - 9:40 pg.

4 Alpha : 10:40 - 12:00 pg.

Pagi tadi, baru teruja nak buat lecture dengan kelas 4 Epsilon sebab baru dapat pinjam lap top dari Yati, 5 Alpha.. Malangnya Kak Wani dah push aku supaya hantar markah cepat. Terpaksa la korbankan masa aku dengan 4 Epsilon.

Esok pun aku teruja jugak. Malangnya ada appoinment dengan doktor. Harap2 lepas balik klinik, aku larat nak masuk kelas 4 Alpha tu. Tengah ada semangat ni, baik la habiskan silibus cepat. Boleh buat ulangkaji cepat.

Semoga apa yang dirancang, dapat berjalan dengan jayanya.

Monday, June 11, 2012

Hari ni memang buatkan diri rasa down sangat2. Hmm... Bila dah macam ni, rasa xde semangat dah nak buat kerja seterusnya. Xpe2... Perlahan-lahan. Harap semangat datang balik.

  1. Tak pergi medical check-up utk ambil blood test. Lupa ada appointment. Sah2 kena marah esok.
  2. Lambat hantar markah pada Kak Wani. Padahal dateline hantar ke HQ, hari ni.
Bila buat post mortem kenapa jadi macam hari ni, hmm.. Entah la. Mungkin diri sendiri yang kurang produktif. Tambahan lagi sebab faktor kesihatan. Semalam memang tak larat sangat. Mungkin sebab low blood pressure. Cepat letih. Rasa lemah betul. Hari ni pulak, mmg tak jaga diri. Makan pun buat tak tau je. Sebab sibuk sangat dengan kerja nak habiskan tanda kertas peperiksaan. Semoga Allah berikan aku kesihatan dan kirimkan seseorang yang boleh jadi mentor aku dalam mengurus masa untuk jadi insan cemerlang.


ECG record pun dah buktikan. Hidup memang kena ada turun naiknya. Kalau lurus je garisan ECG tu, faham2 je lah... Dah tak hidup lagi la maknanya.


Jadi, jangan stress2, sakitkan kepala. Insya Allah, ada masa untuk berubah ke arah kebaikan. Insya Allah. Amin...


Monday, June 4, 2012

General Knowledge.

Temui kami dalam Majalah Anis bulan Ogos (insyallah). Sedang merayu kepada editor Majalah Anis agar jangan letak gambar cover saya dalam make-up tebal. Ingatkaan touch upnya nipis tapi suami kata tebal sangat. Jika tak diizinkan Allah, terpaksa meraikan kehendak MEDIA selagi dalam batasan HARUS...hajat doa kalian. Kami masih berusaha. Jubah dan tudung ditaja dan dirias atas kehendak MEDIA. Selagi masih memegang prinsip menutup aurat, saya fleksibel dan meraikan perlaksanaan ini. Mudah-mudahan ada maslahat besar untuk dakwah jika cara ini dapat mendekatkan saya dengan golongan majoriti wanita di luar sana...:)

tabarruj ialah...mendedahkan apa yang sepatutnya ditutup (rujuk Wanita dalam fiqah al-Qaradhawi). Saya tak berani 'menghukum' wanita selain dalam takrif ini sebagai tabarruj. saya masih menghormati apa yang majalah Anis lakukan...

Fatimah Syarha.