Wednesday, March 23, 2011

Rabu yang kosong...

Sejak beberapa hari ni, Lenggong selalu ditimpa hujan petang. Kadang-kadang berlarutan sampai ke malam. Dah macam 'winter' pulak konon-kononnya. Hari ni tak makan nasi langsung. Mungkin sebab semalam dah makan banyak. Ada jamuan 'free' di bilik seminar selepas habis ceramah tentang S.E.M.

Balik untuk rehat tengah hari sekejap di rumah tadi, ada je gangguan yang datang di muka pintu. Hmm.. Mai, pelajar form 5, bertanyekan samada aku free atau tidak petang ini. Kalau aku free, die nak minta tolong bawak diorang pergi beli barang untuk hari puteri.

Ya Allah.. Ade Hari Puteri pulak Sabtu ni... Hadoi... Betul2 terlupa. Tapi, malangnya, aku hanya mampu memberikan jawapan hampa kepada Mai sebab aku memang tak boleh pergi petang ni. Memang dah plan awal2 nak ke Kuala esok, untuk hidupkan road tax yang dah mati hari Jumaat lepas dan juga memperbaharui insurans kereta. Lepas tu, nak singgah rumah contoh di Taman Bougainviella untuk tandatangan perjanjian jualbeli. Pergh... Itu adalah keputusan berani mati dalam hidup aku.

Tiba-tiba terasa macam was-was pulak. Tapi lepas tu, rasa sayang nak lepaskan rumah tu macam tu je. Makin lama, harga hartanah makin tinggi. Tapi memang perit jugak la untuk beberapa tahun permulaan. Ye la.. Baru nak hidup kan lepas kahwin kan... Insya Allah, kalau tak de ape halangan, pernikahan akan berlangsung pada 24 Disember ini.

Hmm... Dua hari lepas terbaca satu blog milik seorang isteri Tentera Laut. Mula2, die kata, dia memang tak kisah bila duduk jauh. Dia duduk KL, tapi suami duduk Lumut. Tapi lepas tu, dia rasa tak best pulak sebab walaupun dah kahwin, tapi , rasa macam belum kahwin. Tak dapat siapkan makan minum suami, uruskan pakaian suami. Rasa macam isteri yang tak berfungsi pulak. Bila terbaca blog die tu, aku berbelah-bagi samada nak batalkan balik permohonan pertukaran ke MRSM Parit atau pun tidak. Hmm... Macam mane ni... Pening2...

Nak tarik balik permohonan tu, rasa macam; "Biarlah duduk Parit. Dekat sikit dengan tempat kerja Abang." So... Tak jadi batalkan permohonan tu.

Bila tak jadi nak batalkan permohonan tu, rasa mcm; "Ish... aku ni... Kan dah beli rumah kt Kuala. Duduk je la kt Kuala Kangsar ni. Kalau aku kene pindah Parit betul2, sape nak duduk rumah tu?" Dah rasa macam nak batalkan pulak.... Hadoi... Ya Allah... Bantulah aku. Berikan lah aku petunjuk-Mu. Aku mohon ampun atas segala dosaku selama ini. Sembuhkanlah penyakitku ini...

3 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Saudari LumutHijau,

'Dia duduk KL, tapi suami duduk Lumut.....'

Selepas saya berumahtangga, selama satu tahun saya kerja di Lumut isteri saya kerja di KL. Bersuamikan seorang tentera laut itulah antara dugaan yang bakal ditempuhi.

'24 Disember'

Hari kelahiran saya.

LumutHijau said...

Terima kasih Pak Mail kerana sudi berkongsi pengalaman & dugaan hidup. Insya Allah, saya akan cuba menghadapi semua dugaan dengan sabar. =)

Wah! 24 Disember hari lahir Pak Mail? Tak sangka sama dengan tarikh nikah saya nanti. Kalau tak keberatan dan kalau ada kelapangan, boleh la Pak Mail datang ke majlis kahwin saya nanti di Johor Bahru. ^_^

Ismail aka Pak Mail said...

Saudari Lumut Hijau,

Insya'Allah, saya juga lama tak ke Johor.

Selalunya hujung2 tahun begini ramai sanak saudara dan sahabat handai mengadakan majlis seperti ini.