Sunday, July 24, 2011

Pemilihan Kad Jemputan.

Bercakap tentang kad perkahwinan, memang memeningkan kepala bagi aku yang sangat mementingkan kesempurnaan. Tapi, untuk mengelakkan aku daripada berubah-ubah fikiran, lebih-lebih lagi bila melihat pelbagai contoh kad jemputan yang sangat menarik dalam majalah Pengantin ni, so, aku telah menetapkan kriteria-kriteria tertentu dalam pemilihan kad jemputan.

Antara kriteria yang mesti aku patuhi sebelum menempah kad perkahwinan ialah:

  1. LOKASI. Lokasi syarikat percetakan yang paling dekat dengan rumah. Supaya mudah untuk datang berbincang dan melihat proses membuat draf kad perkahwinan.
  2. BUMIPUTERA. Syarikat percetakan mestilah bumiputera sebab artikel SANTAN MELAYU yang telah aku baca di blog Cikgu Zulkof mengingatkan aku tentang pentingnya meningkatkan ekonomi bangsa MELAYU.
  3. RINGKAS. Rekabentuk kad mestilah seringkas yang mungkin. Tak perlu ada gambar kartun(mula2 dulu memang nak. Tapi mak aku bising pulak) dan juga tak perlu ada gambar aku dan Zamir (sangat merepek ini idea! Katakan tidak pada 'letak gambar pada kad jemputan'! interframe betul!)




Contoh Kad Kahwin yang aku suka.

Gambar di atas adalah kad jemputan perkahwinan salah seorang kenalan ketika di Kolej Matrikulasi Johor dulu. - kini seorang doktor perubatan - Dr. Zarirah Adzni Binti Mokhtar.





Ni pulak kad jemputan kawan ketika di KUSTEM@UMT dulu.

Ringkas. My taste!

So, sekarang nak bersiap, pergi Myna Printing untuk bincangkan beberapa perkara lagi tentang kad jemputan aku.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum.

1 comment:

Ismail aka Pak Mail said...

Lokasi rumah pengantin tu biar terang dan jelas. Supaya tetamu dari jauh tidak sesat......