Saturday, December 10, 2011

Majlis yang ditunggu-tunggu.

Setelah sekian lama membuat persediaan, dengan begitu banyak pertimbangan untuk membuat pilihan sepanjang proses persiapan majlis ini, akhirnya, aku boleh berasa sedikit lega kerana beberapa perkara sudah pun diselesaikan.

Namun, dalam kegembiraan menyambut menantu pertama dalam keluarga kami, terselit juga kesedihan. Kasihan atok. Dek kerana hendak mengambil rambutan untuk dijual oleh cucu2nya, satu nikmat Allah ditarik balik. Atok jatuh pokok. Teruk sangat. Hempap bumbung rumah jiran. Habis pecah. Tangan kanan atok rosak teruk. Patah. Dalamnya hancur. Ya Allah... Berikanlah kami sekeluarga kesabaran menghadapi ujian-Mu ini, Ya Allah. Berikanlah atok pahala yg berlipat kali ganda di akhirat sana, atas kesabaran atok menahan kesakitan yang teramat sangat itu.

Aku mula terfikir yang teruk2. Atok x boleh drive lagi. Atok tak boleh pergi masjid lagi. Atok x boleh pergi pasar, belikan wan barang2 dapur. Atok x boleh bg makan kucing lagi. Atok tak boleh buang sampah lagi. Atok x boleh pergi belajar mengaji lagi. Dan yang paling aku sayu, atok x boleh tulis kata-kata nasihat dalam buku tetamu majlis perkahwinan cucu sulungnya ini. Aku sayu bila melihatkan muka surat khas yang telah aku sediakan untuk atok & wan. Allahuakbar...
Sabarlah wahai hati....

Ya Allah... Kasihani lah atok. Hanya Engkau yg mampu merawat segalanya. Hanya Engkau yg mampu memberikan keajaiban kepada hamba-hambanya.

Permudahkan lah segalanya, Ya Allah. Berikanlah atok kesembuhan. Berikanlah atok kesabaran.

Untuk atok, ingin sekali aku membacakan hadis ini kepadanya.

Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.”(Hadis riwayat al-Bukhari)


Semoga atok sabar menghadapi ujian ini & semoga dosa-dosanya diampunkan Allah. Amin Ya Rabbal A'lamin...

2 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

Dari Julai hingga Dis tak muncul. Lama juga menunggu kemunculan entri terbaru.

Mudah2an atok LumutHijau cepat sembuh dan diampuni akan dosa2nya.

Amin.....

LumutHijau said...

Itu lah Pak Mail. Saya sibuk sangat dengan kerja-kerja di sekolah & persiapan kahwin. Hmm... Baru kali ni nak jenguk blog balik. :D

Insya Allah. Harap2 atok saya cepat sembuh.