Wednesday, December 21, 2011

Maaf terlewat menjemput, Pak Mail.

Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak saya meletakkan gambar scan ini ke dalam blog. Maaf sangat2 kerana terlewat meletakkan kad jemputan ini dek kerana sibuk dengan tugas2 lain.

Apa pun, pada kesempatan ini, saya dengan besar hati ingin menjemput Pak Mail dan keluarga ke majlis perkahwinan saya & suami di Kulai, Johor yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini. Maaf sangat2 atas kelewatan jemputan ini.

Walau bagaimanapun, saya berlapang dada sekiranya Pak Mail tidak dapat memenuhi undangan saya ini, mungkin kerana ada urusan lain yang telah dirancang terlebih awal.

Saya juga ingin memohon jasa baik dari Pak Mail agar sudi mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.

Terima kasih juga kerana sudi menjadi rakan blog saya selama ini. Syukur pada Allah atas ukhwah yang terbina.

Jadi, Pak Mail, di bawah ini ada kadnya. Mohon ampun sangat2 kerana tak dapat menghantar kad sebenar ke rumah. Memang kesuntukan masa. Even pensyarah saya sendiri masa belajar dulu pun baru saya teringat nak jemput. Hmm... Terpaksa lah saya emel @ SMS dia untuk jemputan tersebut.








2 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

LmutHijau,

Terima kasih di atas ingatan dan undangan majlis perkahwinan itu. Walau bagaimana pun saya meminta maaf kerana saya juga telah menerima beberapa jemputan/undangan majlis perkahwinan di persekitaran Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Apa pun saya doakan agar LumutHijau dan pasangan akan sentiasa dilindungi Allah swt dan diberkati serta bahagia dan berkekalan hidup bersama sebagai suami isteri. Insya'Allah.

Amin....

Unknown said...

Selamat Pengantin Baru buat Lumuthijau dan isteri...semoga berbahagia selamanya