Thursday, June 14, 2012

Pregnancy

Ok... Tajuk memang nampak macam membahagiakan. Tapi, sebenarnya banyak cabaran-cabaran yang perlu dihadapi sepanjang tempoh 3 bulan setengah ni. Setakat ini la...

Ok... First, kena selalu pergi klinik. Setiap bulan lebih kurang dua kali. Second, kena ambil sampel darah. Bercucuk-cucuk lengan aku ni ha... Third, selalu kena buat urine test.

Hmm... Mula-mula ni, rasa macam leceh pulak. Kena buat itu, kena buat ini. Kena pantang itu, kena pantang ini. Bila macam ni, aku tak fikir sangat pun pasal bayi dalam kandungan. Tapi, terus terfikirkan, macam ni susah ke Mama dulu menunggu kelahiran aku, anak sulungnya? Ya Allah... Sekarang, baru aku rasa. Dan sedikit demi sedikit, aku lebih menghargai Mama lebih daripada dulu.

Medical check-up untuk bulan Jun, dah settle. Alhamdulillah. Cuma ada beberapa 'Things To Do' yang harus dibereskan sebelum akhir bulan ini. Hmm... Banyaknya kerja. SPM pun dah semakin hampir. Nampaknya aku kena bekerja keras dan lebih bersistematik lagi. Walau sebanyak mana pun kerja yang diamanahkan kepada kita, kita masih boleh melakukannya dengan penuh berkualiti dengan syarat ada perancangan yang rapi dan sistematik.

Esok, Jumaat, hanya ada kelas dengan 5 Delta. Cuba habiskan perbincangan untuk Kertas 3. Jumaat malam pulak, tolong pantau pelajar di Dewan Besar ketika seminar kerjaya berlangsung. Sabtu ni, free. Boleh habiskan menanda semua buku kerja pelajar. Ahad, kemas rumah sebersih-bersihnya.

No comments: