Monday, April 11, 2011

Kesibukan itu satu nikmat.

Ya... Kesibukan itu satu nikmat. Nikmat yang sangat2 aku syukuri. Kalau boleh, setiap hari aku nak sibuk. Setiap jam aku nak sibuk. Aku tak nak ada satu ruang pun untuk aku membuang masa. Macam semalam... =(

Kesibukan itu satu nikmat. Dalam hidup ini terlalu banyak amanah. Aku menulis ini hanya sekadar untuk mengingatkan diri yang selalu lalai. Padahal terlalu banyak amanah yang masih tidak tertunai. Banyak sangat... Hmm....

Tangan ini, amanah.

Suara ini amanah.

Telinga ini amanah.

Kaki ini amanah.

Mata ini amanah.

Lidah ini amanah.

Perut ini amanah.

Pekerjaanku ini juga amanah.

Pelajar-pelajar aspuri, juga amanah.

Amanah itu harus aku gunakan dan jaga dengan sebaik mungkin, dan sepatutnya jangan ada sedikit pun ruang bagi 'Pencatat-pencatat Setia' di kiri dan kananku untuk menulis yang buruk-buruk tentang amanah-amanah yang aku pegang ini.

Amanah dalam pekerjaan teramatlah banyak. Meja kerja aku di sekolah penuh dengan bertimbun-timbun dokumen yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Ya Allah. Bantulah aku. Aku berlindung dengan-Mu daripada manusia-manusia yang rugi sebagaimana yang Kau telah wahyukan kepada kekasih-Mu, Muhammad sallallahualaihiwasallam;

"Demi masa."
"Sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian."
"Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.
"Dan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran"
"dan juga mereka yang berpesan-pesan untuk kesabaran."

Semoga apa yang aku buat sekarang ini, termasuk dalam kerja-kerja orang2 yang beriman (terutamanya kepada Al-Qur'an dan para Malaikat), beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran.

Tengah hari semalam, aku keluar untuk makan tengah hari di Restoran Ikan Bakar Tasik Raban. Malangnya setiba sahaja aku di restoran tersebut, aku lihat tayar kereta depan sebelah kiri, seperti kurang angin. Hampir flat. Bergegas aku ke Stesen Minyak Shell di pekan Lenggong untuk mengisi angin. Semasa mengisi angin tayar, baru aku perasan ada paku yang melekat di tayar tersebut. Ya Allah... Dugaan apa lagi ini...

Dalam kepalaku terus terfikir, "Habis la.... Melayang la RM200 kene ganti tayar ni... Hadoi... "

Disebabkan semalam adalah hari Ahad, pekan Lenggong menjadi pekan mati. Tiada satu kedai pun yang buka. Tak kan aku nak ke Kuala Kangsar yang sejauh 30km semata-mata untuk menukar tayar? Teruk lah rim tayar rosak nanti. Kalau apa2 terjadi di pertengahan jalan, habis la aku. Nak tukar tayar sendiri dengan tayar spare? Oooh... Tidak2... Minta maaf. Aku sangatlah tidak pakar dan tidak ada kekuatan untuk menukar tayar sendiri.

Maka, aku bertahan dulu untuk semalam dengan hanya mengisi angin sebagai syarat. Dan tengah hari tadi, aku lihat tayar kembali mengempis. Nampaknya, memang aku harus ke kedai tayar. Sampai sahaja di pekan Lenggong tengah hari tadi, aku terus bertanyakan kalau ada jual tayar second-hand. Tapi setelah mekanik di kedai tayar itu memeriksa tayar tersebut, rupa2nya aku tak perlu menukar tayar. Dia hanya menampal sahaja tayar yang telah pancit itu.

Sekejap sahaja. Kebetulan ketika itu, memang tak ada pelanggan lain. Hanya dalam masa tak sampai 15 minit sahaja, tayar aku siap ditampal. Allah telah menolong aku lagi kali ini. Maha Suci Allah yang memudahkan segalanya bagi aku.

"Ya Allah. Janganlah Kau palingkan hati aku setelah Kau memberikan petunjuk/hidayah kepadaku. Dan kurniakanlah kepadaku rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi segala."

2 comments:

Ismail aka Pak Mail said...

LumutHijau,

Allah berfirman 'Jika sekiranya kamu (manusia) ingin menghitung nikmat2 yang Allah berikan, pasti kamu tidak akan dapat menghitungnya'.

LumutHijau said...

Benarlah kata-kata Allah yang Maha Besar.